Pusat Pengajian Ba’alawi, No.9, Jalan UP 2A, Prima Ukay, Saujana Melawati,
53100 Kuala Lumpur (belakang Zoo Negara)
Isnin, 9 Mei 2011
Ahad, 8 Mei 2011
Selamat Hari Ibu
Aku lahir ke dunia ini
Kerana seorang wanita
Kerana pengorbanan dan kasih sayang
Insan paling mulia di
antara wanita di dunia
Mama
Aku mula belajar
Kerana keperibadianmu
Kerana jasa dan tunjuk ajarmu
Hanya mama aku taruh harapan
Mama
Aku selalu berdosa
Aku sering melukakan hatimu
Namun tak pernah menghukum perlakuanku
Mama
Aku akan
berumahtangga
Aku bakal memiliki keluarga
Tapi aku berjanji tak akan mengenepikan dirimu
Mama
Aku berjanji untuk jadi anak soleh
Aku mahu berkhidmat untukmu
Hanya yang terbaik akan aku lakukan
Mama
Aku menadah tangan mohon maghfirah
Aku berdoa meminta sakitmu hilang
Moga Allah beri kebahagiaan dunia dan akhirat untukmu
Mama
Terima kasih dan
Selamat hari ibu buat Mama,
Hajjah Naimah binti Mohd Rashidy
Semoga cepat sembuh, Amin
Jenderam Hulu, Jam 0400
Sabtu, 7 Mei 2011
Mei 2011 - Himpunan Planet-planet Terhebat Untuk Tahun 2011
Ok, ok, tajuk itu bunyi macam iklan pulak.
Tapi iklan atau tidak, ia merupakan 'amaran' awal kepada fenomena menarik
yang bakal berlaku sepanjang bulan Mei 2011 ini nanti. Ia saya ulangi, SEPANJANG
bulan Mei, bukan satu dua hari sahaja!
Kali ini, kita akan disajikan dengan himpunan planet-planet utama (kecuali
Zuhal) di dalam kawasan langit yang sama pada awal pagi sepanjang bulan Mei
ini. Himpunan planetari kali ini akan melibatkan planet Zuhrah, Utarid,
Musytari dan Marikh. Dalam pada itu, Bulan pun akan
turut sertai bersama-sama geng planet ini.
Cuma Zuhal je tak masuk dalam senarai kerana ia sekarang berada di langit
petang.Kesian kat dia.
Kejadian ini akan berlaku pada awal pagi,
sekitar selepas waktu Subuh.
Kawasan langitnya ialah sebelah Timur.
Berdasarkan kiraan beberapa perisian astronomi yang ada, kita boleh lihat
bahawa keempat-empat planet ini akan berkumpul di dalam satu kawasan langit,
seolah-olah berhimpit-himpit di dalam satu lorong yang sempit. Yang menariknya
ialah, kesemuanya senang untuk dilihat dan tidak memerlukan teleskop untuk
melihatnya. Hanya dengan menggunakan mata kasar, anda akan disajikan dengan
objek-objek cakerawala berenang-renang di angkasa raya!
Fenomena ini juga akan menunjukkan dengan jelas bahawa planet-planet
sentiasa berubah-ubah kedudukannya di langit, berbanding dengan bintang-bintang
yang ada disekelilingnya.
Jika anda lihat betul-betul, anda akan dapati planet Zuhrah (Venus) dan
Utarid akan bergerak perlahan-lahan merapati ufuk langit, manakala Musytari dan
Marikh akan semakin tinggi setiap hari. Bulan pula bergerak laju ke arah timur.
Semua pergerakan ini akan dapat dilihat jika anda mencerapnya setiap hari.
Jangan pula anggap dengan mencerap pada satu hari tu, tiba-tiba anda dapat
lihat planet itu bergerak-gerak ke atas atau ke bawah! Pergerakan objek-objek
ini amat perlahan dan dengan hanya pemerhatian setiap hari sahaja yang dapat
menunjukkan pergerakannya di langit.
Lebih menarik lagi, gunalah kamera DSLR yang anda ada tu, dan rakamkan
fenomena ini. Ia amat mudah dirakam dan tidak perlu guna zoom lens. Kanta
standard 18mm pun sudah memadai. Anda hanya perlu bermain-main dengan waktu
dedahan dan aperture sahaja. ISO kekalkan sekitar 200 atau 400 kalau nak nampak
cantik dan kurang noise.
Jika anda dah ambil gambar, jangan lupa kongsikan bersama-sama di
FalakOnline!
Selamat Mencerap dan Jom Teropong!
Jumaat, 6 Mei 2011
Kasih Sayang Ilahi
Oleh : IbnuGhazali
Apa makna hidup bagi kita?
Apa bekal kita?
Jawatan? Rumah? Kereta? Keluarga? Ijazah?
Seringkali kita alpa.
Acapkali kita lupa.
Untuk apa kita hirup udara?
Untuk apa kita tidur, makan, bicara?
Dusta? Nista? Fasiq? Hasad?
Alasan ganti semuanya.
Balasan menanti semuanya.
p/s : Sama-sama kita hayati sedutan video dari hati seorang yang ikhlas menyampaikan bahagian agama.
Jenderam Hulu, Jam 0244
Isnin, 2 Mei 2011
Nilai-nilai Budaya & Pemerkasaan Bangsa
Bukan kapak sebarang kapak,
kapak dibuat pembelah kayu,
bukan Batak sebarang Batak,
Batak sudah masuk Melayu.
Berburu ke padang datar,
dapat rusa belang kaki,
berguru kepalang ajar,
bagai bunga kembang tak jadi.
Alang tukang terbuang kayu
alang cerdik binasa adat
alang alim rosak agama
alang sefaham kacau negeri.
Sesusun bak sirih
serimbun bak serai
seharta sebenda
sepandam seperkuburan
sehina semalu
malu seorang, malu semua.
Emas pendinding malu
kain pendinding ruangan
hilang rupa dek penyakit
hilang bangsa dek tak beremas.
Langgan:
Catatan (Atom)