24 September 2010 Bersamaan 15 Syawal 1431 Hijrah
10.00 am :
Kami (Hafiz, Syahiran, Staf-staf IOA dan saya) bertolak dari Islamic Outreach ABIM (IOA), Kok Lanas, Ketereh dengan menaiki 4 buah kenderaan 4x4 (4 wheel drive) ; satu Toyota Land Cruiser dan tiga Mitsubishi Pajero. Bro Nazrin, Bro Syazwan, Bro Syahiran dan saya menaiki satu kenderaan Pajero (yang tertulis di ‘body’ UNIT LATIHAN) yang dipandu oleh Bro Nazrin.
Sebelum bertolak ; di IOA, Kok Lanas. Kenderaan untuk kembara kelihatan
1.00 pm :
Tiba di Bandar Gua Musang untuk menunaikan solat Jumaat dan makan tengahari. Kami meluangkan masa dua jam di Gua Musang untuk menyelesaikan beberapa perkara sebelum ‘travel’ ke dalam hutan ; mengisi petrol RM20.00 dalam gelen untuk digunakan bagi menghidupkan generator system. Kata Bro Nazrin, 20 ringgit petrol ni boleh bertahan selama 2 hari bagi membekalkan tenaga elektrik.
3.00 pm :
Kami memulakan perjalanan dari Bandar Gua Musang ke Kuala Betis. Tapi sebaik saja tiba di simpang tiga jalan ke Kuala Betis, kami ambil simpang kiri menghala ke Pos Hendrop (jalan Cameron Highlands).
Jalan ke Cameron Highlands









