Bismillahir Rahmanir Rahim
Saya salin artikel daripada Ustaz Hasrizal kerana tertarik dengan huraian yang beliau berikan. Moga kita semua dapat manfaat bersama.
-----------------------------------------------------------------------
“Saya sangat berminat membaca buku-buku sejarah tentang kepahlawanan tokoh Islam dan kejayaan-kejayaan silam. Apa saranan ustaz tentang hal ini?” tanya seorang rakan.
Beliau baru sahaja memulakan langkah kembara ilmunya di Dataran Syam.
Email yang beliau hantar sejurus sebelum saya berlepas ke Jordan untuk menghadiri PERTAMA Kali ke-4 di Universiti Mu’tah, membawa mesej yang bercampur baur. Semacam ada kesinambungan daripada pertemuan terakhir kami sebelum beliau berangkat ke Jordan, antara rasa bersemangat membaca bahan berkualiti yang semakin banyak di pasaran tempatan, dengan rasa jemu terhadap bahan bacaan yang ditemui di medan pengajiannya.
“Insya Allah apabila ustaz sampai di Jordan nanti, kita sambung bicara tentang hal ini” saya berjanji kepadanya.
Tidak enak berbual tentang hal ini menerusi email. Apatah lagi pada mengenangkan peluang yang bakal membolehkan topik penting ini dibicarakan secara langsung.
PERKEMBANGAN BUKU
Tidak dinafikan, Malaysia sedang rancak menyaksikan kebangkitan buku-buku berbahasa Melayu termasuk buku agama yang begitu hebat. Kedai-kedai buku seperti Popular Bookstore yang dahulunya amat sukar untuk membuka ruang bagi buku berbahasa Melayu, akhirnya terpaksa menyediakan ruang untuk buku-buku berkenaan meliputi buku agama dan pembangunan diri kerana tumpuan pasaran berada di situ. Perkembangan ini amat positif.
Malah rekaan buku dan pendekatan yang semakin ergonomik, sangat membantu memecahkan taboo masyarakat tentang buku agama.
Kulit hitam, tulisan emas… sungguh bergaya buku tersebut hingga ‘menakutkan’ sesetengah pembaca yang lemah semangat untuk mendekatinya.
Kini buku agama berwarna warni, malah bahasanya juga santai.
“Kita mahu buku yang memandaikan bangsa. Kita tidak mahu buku yang merosakkan bangsa, juga buku yang penulisnya syok sendiri!” antara ungkapan yang sering diulang oleh Puan Ainon Mohd, Sifu PTS.
Beliau sangat menekankan kepada keperluan mempermudahkan cara penyampaian mesej sebuah buku melalui pendekatan bahasa yang dekat dengan kemampuan masyarakat.
“Tulislah buku untuk orang-orang yang bodoh agama seperti saya!” katanya lagi.
Walaupun agak keras bunyinya, tetapi ia merupakan penanda aras yang penting agar penulis jangan seronok ber’arakian’ hingga menulis seolah-olah untuk dirinya sendiri dan bukan untuk pembaca.
“Buat apa mahu diberat-beratkan bahasa. Usahkan ‘ajam, malah yang Arab juga belum tentu faham kalau membaca buku yang bahasanya tinggi” kata Sheikh Solah Abd al-Fattah al-Khalidi di Jordan.
Beliau terkenal sebagai salah seorang ilmuan yang prolifik dalam menghasilkan buku, yang keunikannya adalah pada bahasa yang ringkas dan mudah difahami.
Usaha menghasilkan buku yang mudah untuk dibaca merupakan trend semasa. Sedikit sebanyak ia mungkin berpunca daripada berkembangannya tabiat membaca ‘ikut dan’ dan bukan lagi dalam sesi formal, di atas meja, di rumah, di bawah sinaran lampu minyak tanah.
Buku dibaca semasa menunggu bas dan LRT, buku dibaca semasa mendodoikan anak, buku dibaca semasa berehat setengah jam untuk minum petang, malah buku dibaca secara sembunyi-sembunyi apabila penceramah kursus merepek-repek dalam slot kendaliannya. Justeru buku perlu mudah dibaca bersesuaian dengan keadaan seperti itu.
MINYAK MENTAH VS RON95
“Anta nampak apa beza di antara jurutera carigali minyak dengan pengguna RON95 di stesyen minyak?” saya cuba beranalogi.
Beliau tersenyum. Cepat menangkap maksud saya.
“Keghairahan mereka berbeza. Seorang jurutera carigali minyak semangat dan fokusnya tertumpu kepada mengenal pasti minyak mentah terbaik. Antara telaga di sini dan sana, minyak mentah itu apa perbezaannya, berapa kandungan karbon di dalamnya, dan apakah teknologi canggih terkini untuk memproses. Itu fikiran beliau sebagai pakar. Ada pun end user, tumpuan beliau ialah pada mencari minyak petrol terbaik untuk digunakan sesuai dengan kenderaan yang dipandunya. Soal minyak mentah, gas asli dan lain-lain, jika berminat sekali pun, kemampuannya terhad untuk mengambil tahu” saya mengulas.
“Mudah sahaja tertipu andaikata ada pihak yang mencanangkan bahawa minyak A lebih baik daripada minyak B!” tambah beliau.
“Kerana beliau hanya pengguna, bukan pengusaha!” saya berusaha membuat kesimpulan.
BERAT VS RINGAN
Persoalan berbaki, adakah mahasiswa yang merupakan bakal sarjana, apatah lagi yang bakal menyambung perjuangan menghasilkan materi agamawan, mereka itu pengusaha atau pengguna?
Hal ini terdetik di fikiran saya apabila saya kaget melihat pelajar Syariah yang belajar di negara Arab membeli buku Biografi Muhammad karangan Prof. Dr. Zuklifli Mohd. Yusoff dan isteri.
Tidak salah membaca buku itu, namun pelajar Syariah menggalas tanggungjawab membaca buku tulisan Prof. Zulkifli dan membaca buku-buku yang dibaca oleh Prof. Zulkifli hingga membolehkan naskhah Biografi Muhammad itu boleh dihasilkan. Pelajar Syariah harus memulakan kembara dirinya pada membina kemampuan membaca materi primer seperti Sirah Ibnu Hisham, Zaad al-Ma’aad oleh Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Sirah al-Nabawiyyah oleh Ibn Sayyid al-Naas, sebelum kemudiannya meluaskan horizon membaca buku sekunder seperti Fiqh al-Sirah oleh Sheikh al-Buti dan Fiqh al-Sirah oleh Muhammad al-Ghazali, juga Sahih al-Sirah al-Nabawiyyah oleh Ibrahim al-’Ali malah Nurul Yaqeen oleh Sheikh Muhammad Al-Khudori dan al-Sirah al-Nabawiyyah: Durusun wa ‘Ibar oleh Sheikh Mustafa al-Siba’ie.
Itulah buku-buku yang mesti dikunyah dan dihadam oleh seorang yang bercita-cita kemudiannya mahu menghasilkan sebuah novel berteraskan Sirah, atau ringkasan Sirah dan lain-lain produk ilmu buat kegunaan masyarakat.
Buku-buku yang ringan di pasaran pada hari ini adalah hasil bakat kebijaksanaan penulisnya meringkaskan persembahan untuk memudahkan seramai mungkin pembaca memanfaatkan ilmu tersebut. Namun di sebalik buku yang dihasilkan, penulis mestilah mempunyai tasawwur yang lengkap tentang selok belok topik yang diketengahkan.
Justeru pelajar-pelajar Syariah mestilah menyabarkan diri dalam menelaah ‘bahan-bahan mentah‘ berupa buku primer atau yang disebut di dalam Bahasa Arab sebagai MASADIR. Buku yang hambar, tanpa gambarajah, kurang perenggan, penuh dengan teks dan tebal berinci-inci itu adalah ibu buku, seperti Ratu Lebah sebelum lebah pekerja dan madu yang didambakan pengguna.
Buku ringan mestilah ditulis oleh pembaca buku berat. Apabila buku ringan ditulis oleh pembaca buku ringan, yang ringan-ringan itu akhirnya menjadi SAMPAH!
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

kdg2 kita memilih buku tengok penulisnya bukan apa yg ditulisnya..dari 1 sdut mmang betul tp xsmua.
BalasPadambab akidah slah satu cbang yg tidak ada komprominya