Oleh : Ibnu Ghazali
Bismillahir Rahmanir Rahim
Segala puji dilafazkan ke hadrat Allah Subahanahu wata’ala atas limpahan rahmat yang tidak terhitung banyaknya. Pada 30 April hingga 2 Mei lepas, saya berpeluang mengikuti program Kursus Kepimpinan Pelajar Pondok Yala, Thailand di Gombak, Kuala Lumpur. Amanah sebagai fasilitator saya pegang dan laksanakan dengan kemampuan yang ada. Hakikatnya, masih banyak perkara yang perlu dipelajari.
UiAM Gombak
Alhamdulillah, sudah lama agaknya niat untuk berjumpa dengan saudara seIslam dari tanah seberang, dan kali ini Allah sudah mengabulkan kehendak hati dengan mempertemukan kita di bumi Malaysia. Selalu memikirkan untuk ke Siam tapi masih belum cukup semangat juang kerana takut dengan berita yang diterima dari pelbagai sumber. Sebenarnya, suasana di sana tidaklah seperti yang digambarkan.
Masyarakat Islam di Selatan Thailand masih mampu hidup aman dan harmoni, mengamalkan ajaran Islam dengan baik, juga urusan-urusan harian mereka tidak terganggu gugat, sama seperti kita di Malaysia. Cuma, keadaan yang tidak diingini oleh masyarakat berlaku dalam tempoh- masa tertentu oleh beberapa sebab. Antaranya politik, jenayah di luar kawalan, keselamatan dan sikap masyarakat sendiri.
Banyak manfaat yang diperoleh sepanjang program ini. Terima kasih kepada pihak penganjur atas kepercayaan yang diberi kepada saya. Hati gembira kerana sedikit sebanyak dapat menolong saudara seakidah dari Selatan Thai walaupun usaha ini hanyalah sekumit cuma.
Mudah-mudahan pertemuan ini tidak berakhir di sini. Moga Allah pertemukan kita di lain waktu dan di lain tempat. Pasang niat untuk ke Selatan Thailand. Wallahu ‘alam
kpd rakan2 yg nak gambar waktu program,boleh bg emel kpd sya..nanti sya emelkan..inshaAllah
BalasPadamadik2 ni pandai berbahasa Melayu ea?
BalasPadam