Rabu, 24 Mac 2010

Ghulamud Da'wah

Oleh : Ibnu Ghazali

Bismillahir Rahmanir Rahim

Barangkali ramai yang sudah biasa dengar tajuk post kali ini. Biarlah, niat di hati kecil ingin menceritakan kembali kisah ini sebagai renungan, peringatan kepada diri yang selalu alpa dengan kehendak agama.


Gambar tiada kaitan dengan topik ; anak buah penulis


Buat kali kedua saya mendengar kisah ini yang dibahaskan secara mendalam oleh Ustaz Tengku, mungkin sudah banyak kali mendengarnya cuma tanpa perincian. Kali pertama mendengar cerita ini sewaktu sesi bedah buku dalam program KONSIS, dalam tahun 2008 mungkin.

Buku: Antara Berat dan Ringan

Bismillahir Rahmanir Rahim

Saya salin artikel daripada Ustaz Hasrizal kerana tertarik dengan huraian yang beliau berikan. Moga kita semua dapat manfaat bersama.

-----------------------------------------------------------------------

“Saya sangat berminat membaca buku-buku sejarah tentang kepahlawanan tokoh Islam dan kejayaan-kejayaan silam. Apa saranan ustaz tentang hal ini?” tanya seorang rakan.

Jumaat, 5 Mac 2010

Ingat ke Kita Pada Tarikh 3 Mac 1924 ?

Sultan Abdul Hameed II & Kejatuhan Khilafah Islam


Oleh : Ibnu Ghazali

Diedit daripada Artikel Sultan Abdul Hameed Kedua & Kejatuhan Khilafah Islamiyah ; Muqaddimah & Cabaran

Muqaddimah

Sultan Abdul Hamid II telah dilahirkan pada hari Rabu, 21 September 1842. Beliau meninggal dunia dalam tahun 1918. Nama penuh beliau adalah Abdul Hamid Khan II bin Abdul Majid Khan. Beliau adalah anak kedua kepada Sultan Abdul Majid I (daripada isteri keduanya). Ibunya meninggal dunia semasa beliau berusia tujuh tahun. Abdul Hamid II boleh berbahasa Turki, Arab dan Farsi di samping mengetahui bahasa Perancis. Beliau telah mempelajari beberapa buah buku kesusasteraan dan puisi. Semasa bapanya, Abdul Majid meninggal dunia, bapa saudaranya Abdul Aziz menjadi khalifah. Abdul Aziz tidak kekal lama dalam jawatan Khalifah. Dia dipaksa berhenti daripada jawatan dan selepas itu dibunuh oleh musuh politik Uthmaniah. Penggantinya adalah Sultan Murad, anak kepada Sultan Abdul Aziz tetapi beliau juga disingkirkan daripada jawatan dalam masa yang singkat kerana tidak layak.

Khamis, 25 Februari 2010

Durrah Abu Lahab

Durrah binti Abu Lahab masuk Islam, kemudian hijrah dan mengamalkan Islam dengan baik.

Imam Adz-Dzahabi berkata :”Dia mempunyai sebuah hadits dalam “Al-Musnad”, dari riwayat putera pamannya, Al-Harits bin Naufal.” [Ath-Thabaqaat (8/34), Al-Istii'aab (4/290), Al-Ishaabah (7/634), dan Ushudul Ghaabah (5/449)]


Ibnu Hajar menyebutkan dalam Al-Ishaabah, bahwa :
ketika Durrah binti Abu Lahab datang ke Madinah sebagai muhajir, dia turun di rumah Rafi’ bin Mu’alla. Kemudian beberapa wanita bani Zuraiq berkata kepadanya: "Engkau puteri Abu Lahab, yang Allah berfirman tentang dia :

تبت يدا أبي لهب وتب . ..سورة اللهب أو المسد

“Binasalah kedua tangan Abu Lahab (QS. Al-Lahab, 111:1). Maka hijrahmu tidak berguna bagimu.” Kemudian dia datang kepada Nabi SAW dan menceritakan hal itu kepada beliau. Maka Nabi SAW berkata :”Duduklah.”Kemudian beliau mengimami Sholat Zhuhur dan duduk di atas mimbar sesaat. Lalu beliau bersabda :”Wahai, orang-orang, mengapa aku diganggu atas keluargaku ? Demi Allah, sungguh syafa’atku akan diperoleh kerabatku, bahkan Shada’, Hakam, dan Salhab pun akan memperolehnya pada hari kiamat.”

Rabu, 24 Februari 2010

Halal & Haram Dalam Islam


Buku yang mengupas persoalan feqah dalam hidupan harian kita ini ditulis oleh Profesor Dr. Yusof Qardhawi. Boleh didapati di Kedai Buku

Selasa, 23 Februari 2010

Ya Rasulullah Ya Habibullah



لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah"
Surah al-Ahzab : 21