Oleh : Ibnu Ghazali
Bismillahir Rahmanir Rahim
Bismillahir Rahmanir Rahim
Dari petang tadi hati kecil mendesak untuk menulis tentang ‘Dia’.
Aku sahut desakan hati untuk berkongsi bersama rakan-rakan yang ‘Dia’ bukan hebat sangat.
Subahanallah.
Allah menciptakan ‘benda’ semata-mata supaya ia patuh dan taat kepada suruhanNya. DIA langsung tidak perlu kepada ‘benda’ tapi ‘benda’ yang PERLU kepada DIA. Kenapa angkuh sangat ‘benda’ ciptaan Allah ini? Kenapa melencong ke arah jalan yang jauh sedangkan ‘highway’ (dilengkapi R&R dan percuma) telah Allah sediakan?
Sedarlah kita semua tentang asal usul ‘benda’.
Hanyalah dari setitis air yang jika jatuh ke tanah itik tak sudu, ayam tak patuk.
Melalui salur kencing mencari ‘destinasi’.
Amat HINA!
‘Benda’ itulah MANUSIA. Manusia itulah KITA.
Manusia makhluk yang sombong!
Sanggup menerima amanah yang ditolak oleh bukit dan makhluk lain. Tapi apa yang dibuatnya? ‘Fasad’ di muka bumi? Kemusnahan melata?
Namun, Allah Maha Mengetahui tentang makhluk ciptaanNya. Masih ada ‘benda’ mengikut ‘highway’ yang DIA sediakan. Kerana apa? Kerana AKAL. ‘Benda’ itu berFIKIR berlandas AKAL + ‘MANUAL BOOK’.
CERITANYA
Orang kita amat taksub dengan mistik. Suka tengok cerita hantu, percaya dengan bomoh, yakin pada tangkal dan perkara-perkara seangkatan dengannya. Hinggakan fenomena ini menjadi budaya dalam masyarakat.
Insiden menarik berlaku dalam minggu ini adalah :
‘Dia’ kacau rakan kami, rakan saya. Di tempat belajar kami, tempat kediaman saya.
Haru-biru dibuatnya. Kecoh dan heboh insiden ini dikumandangkan di merata tempat. Dalam kelas? Kafe? Surau? Semua tempat saya katakan. Semua ustaz dikerah untuk menjadi penyelamat. Ketika inilah peranan ustaz baru nampak di mata rakan-rakan saya. Sebelum ini? Haprak!
Lalu lahirlah versi plot cerita yang kadang-kadang naik muak saya dengar. Bukan. Tapi nak gelak saya dengar.
Memang orang kita boleh jadi pengarah filem mistik yang bagus.
Orang kita sangat suka dengan HANTU.
Tapi, saya hairan bila petang tadi rakan yang dikacau oleh ‘Dia’ beraksi dalam ‘hostel’ semua lari tunggang langgang. Kenapa? Cakap suka hantu. Oh, saya faham. Suka dengar cerita + tengok cerita hantu tapi takut berdepan dengan ‘Dia’. Bukan saya berani untuk berdepan dengannya tapi saya sekadar tahu di mana status kita dan status ‘Dia’.
‘Dia’ juga makhluk Allah.
Malah, status kita Manusia jauh lebih hebat dari ‘Dia’. Kenapa?
Kerana kita ada AKAL. AKAL yang digunakan oleh orang berFIKIR tadi.
Saya suka satu versi cerita yang sampai ke telinga saya petang tadi. mungkin betul, mungkin salah. Wallahu’alam.
Jika betul, saya ingin sampaikan sebagai iktibar, pengajaran, ‘ibrah’ kepada saya sendiri dan rakan-rakan.
“Min, mu tahu x sebab apa ‘Dia’ kacau XXXX? XXXX dengan geng dia ‘minum’ weh kat bilik. Sampai muntah-muntah.”
“Hah, ‘Dia’ mari nok wi ‘warning’ la tuh”.
…………………………………..
Itulah ‘main point’ yang ingin disampaikan. Perbualan kami panjang lagi tapi malas dah saya nak cerita lebih. ‘Panas’.
DR. JEKYLL & MR. HYDE
Mesti rakan-rakan pernah dengar ‘title’ kat atas. Kalau tak silap saya novel wajib B.Inggeris yang wajib khatam waktu ‘form two’.
Siapa jahat? Siapa baik?
Dr. Jekyll yang baik kan?
Apa kaitan cerita ini dengan tajuk artikel saya? Cuba kita baca hadis di bawah ini ya. Maksud hadis dari Sahih Muslim :
“Tiada seorang pun dari kalian melainkan telah diwakilkan dengannya qarin (temannya) dari kalangan jin dan juga qarin dari kalangan malaikat.” Para sahabat bertanya, “ Termasuk kamu jugakah, wahai Rasulullah?” Sabda Rasulullah SAW, “Termasuk juga saya, cuma Allah menolong saya, lantas dia memeluk Islam. Maka dia tidak menyuruh saya melainkan kepada kebaikan.”
Subahanallah, mulia sungguh Rasulullah SAW.
Setiap dari kita memiliki qarin. Satu baik, satu jahat. Jika memiliki nafsu ammarah, maksudnya selalu ikut telunjuk qarin jahat. Kemungkinan rakan XXXX dan geng di atas telah mengikut qarin jahat tapi qarin baik datang beri peringatan. Mungkin, jangan anggap ini betul. Hanya andaian saya.
KESIMPULAN
Jika terserampak dengan ‘Dia’ cubalah kita bertindak rasional sesuai dengan kelebihan kita yang punya AKAL. Jangan sesekali tunduk kepada ‘Dia’, juga jangan takut kepada ‘Dia’ kerana…
‘Dia’ juga makhluk Allah.
Malam Jumaat, Jam 0252.
brO,taip komen bawoh neh..
BalasPadamwu hu hu, seram...lawak pun ade gak. Tapi memang fenomena hantu ni dah merasuk orang melayu termasuklah adik2 ku. haha. biasanya, kalau terserempak ngan benda tu akal dah tek leh pikir ngan waras. hanya orang yang kuat rohaninya yang dapat menghadapi situasi tersebut...wallahua'lam
BalasPadamhaha..perkara biasa kat tmpat tu..every sem mesti ada yg kena..hahaha. expecially P1. berpuluh2 versi dah publish,rasanya dah bleh buat novel seram.."Ghostic Aviator" maybe..hahaha
BalasPadamsalam..pembetulan..bukan takal tapi tangkal..:)
BalasPadamDan mmg benar pun. Kalau bab hantu ni, budak2 sangat suka.. Kebiasaan yg tak sepatutnya dibiasakan dalam masyarakat kini dah berlambak
terima kasih wanfad atas pembetulan.sudah terbiasa dengan istilah sains(takal)
BalasPadamhaha..
respons to mujahid :
BalasPadam'Ghostic Aviator'? menarik kalu jadikan tjuk novel tuh, tp yg hantunya adalah budak MIAT la..
haha
ada hantu di mana2..haha..
BalasPadamtu la dia org Melayu buat citer hantu berlambak2..kena sergah sikit takut plak..aiseyy..
kat sini pun ada kes gak..
sorang kawan tu kena kacau..
nk tau ape tindakan dia?
dia print out ayat kursi byk33..pastu tampal kat dinding..lawak lak bila dgr..ayat kursi tu sepatutnya diamalkan....bukan buat tampal kat dinding halau hantu..
budak2 skng dimomokkan lbh kepada takut kan hantu drp takutkan Allah..ape nk jd lah..org Melayu ni..