Khamis, 1 April 2010

Insan Mulia Bergelar Mama

Bismillahir Rahmanir Rahim

Oleh : Ibnu Ghazali

Alhamdulillah, hari ini sudah genap umur aku dilahirkan ke dunia mengikut perkiraan tahun Masihi, 21 tahun. Jika usia sekitar ini, Sultan Muhamad al-Fateh berjaya menakluk Kota Konstantinople tapi aku masih lagi jauh berbeda dengan beliau. Namun, aku punya hasrat dan matlamat sendiri. Jika ia tidak berjaya sepenuhnya, paling tidak aku berusaha ke arahnya. Mudah-mudahan Allah mengira usaha kerdil aku.


Tujuan coretan kali ini adalah bagi mengenang jasa-jasa insan yang amat penting dalam hidup aku. Bila tiba hari lahir seseorang, perkara lumrah yang berlaku adalah ucapan-ucapan selamat dari rakan dan hadiah-hadiah yang pelbagai ditujukan kepada si fulan. Aku tidak mengharap semua itu, jika ada aku berterima kasih kepada kalian; sahabat, teman , rakan, kenalan. Jazakumullah khoiran kathir.



Aku berkira, saat ini bertimbun dosa-dosa aku kepada insan yang bergelar Mama. Sebelum dari tarikh ini, aku berbual dengan insan berhati mulia ini. “Ma, 1hb dekat doh”. Jawab Mama. “tokleh la nok sambut hari jadi sebab dok jauh, xpo nati buleh hadioh bilo kelik kg”. Subahanallah, aku hanya sekadar berseloroh dengannya kerana aku pasti jawapan itulah yang akan keluar dari mulut seorang insan mulia yang telah memberikan hadiah paling istimewa kepada aku.

Mama;Kau insan mulia


Mama, kasih sayangmu kepada kami anak-anakmu amat teguh. Tidak pernah berganjak walau apa fiil kami kepadamu. Moga jasa Mama dibalas dengan lebih baik oleh Allah. Maafilah dosa-dosa kami.

Jika aku tidak mampu berbuat baik kepada Mama, harapnya air mata ini menjadi saksi kelak yang aku menyanyangimu dan nekad untuk berjasa selama jasadmu masih bernyawa. Aku takut tiap kali mendengar lagu ; Pusara Bonda, juga tidak sanggup kehilangan Mama kerana aku masih belum memberikan kebahagiaan sepanjang hidupku. Ya Allah, Engkau panjangkanlah usia dan berilah kesihatan yang baik kepada ibu bapa kami.



اللهم اغفرلى ولوالدي ورهمهما كما ربيني صغيرا


Kalian menjadi saksi yang aku ingin berjasa kepada Mama. Hidup Biar Berjasa!

3 ulasan:

  1. Sesungguhnya syurga bawah tapak kaki ibu!
    bagus anak mama ni.
    moga peroleh kejayaan di dunia dan akhirat..insyaAllah..ameen..

    BalasPadam
  2. aku amat dambakan doa seorang ibu untuk kebahagiaan dunia & akhirat..juga kejayaan dunia & akhirat

    BalasPadam
  3. kepada ayahandaku
    Dua puluh tahun,
    Kau didik aku rapi.
    Walau mengeringat,
    Tiada sekali melaknat.
    Aku sering menoreh,
    Kau tiada terkaleh.

    kepada bondaku
    Muncul aku di sini
    Terus didodoi mu.
    Jari-Jemari seri
    Mengusap aku di dahi.
    Kasih sayang sekeluarga,
    Kau lah simbolnya.

    Wahai dua insan pertama;
    Aku cinta kamu berdua.
    Ahmad anak kedua,
    Berjanji dan bersetia,
    Menjadi penyejuk mata,
    Mencapai cita.

    BalasPadam