Sabtu, 28 Mac 2009

Kembara Ilmu di Bumi CFS

Oleh : Ibnu Ghazali


Aku mulakan coretan kisah perjalanan aku yang mula bergelar seorang mahasiswa dengan imbauan saat-saat hari pendaftaran aku di bumi CFS (Centre for Foundation Studies), IIUM pada 23 Jun 2007. Pada saat itu, aku masih ingat perasaan aku bercampur baur antara gembira, ’excited’, berdebar, sedih, hiba dan macam-macam lagi ketika tiba hari yang ditunggu-tunggu.


Mana tidaknya, aku baru sahaja kehilangan orang yang terpenting dalam hidupku dan orang yang bertanggungjawab dalam mencorak perwatakan aku pada hari ini. Dialah abah aku. Abah telah pergi manghadap Ilahi pada usia kurang 5hari 62 tahun. Namun, disini aku bukanlah ingin mengenang nasib yang menimpa aku dan keluarga tetapi perlu dalam hidup kita untuk sentiasa meletakkan 3 waktu dalam minda kita iaitu waktu lepas, waktu yang sedang dialami dan waktu akan datang. Mungkin ada yang tidak bersetuju bila berbicara berkenaan waktu yang sudah berlalu, tetapi bagi aku waktu lalu amat penting dalam kita mengukur setara mana perjalanan kita dan apa yang tersilap dijadikan sebagai sempadan untuk tidak mengulanginya. 






Bumi CFS yang digelar “the gate to the garden of knowledge & virtue”, amat istimewa sekali buat aku. Di sinilah aku mula merubah hidup aku dalam mencari kebenaran. Ramai sekali sahabat di luar sana yang tidak hidup di bumi CFS tidak dapat merasakan suburnya budaya ilmu di CFS. Budaya Ilmu yang aku tekankan di sini adalah ilmu ukhrawi. Ketika dalam proses membiasakan diri dengan persekitaran CFS, aku mula didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang berorientasikan pengisian jiwa. Boleh dikatakan hampir setiap malam ada saja ‘talk’ yang diadakan. Bagi yang dahagakan tarbiyah dan pengisian rohani, mereka kadang-kadang tidak mampu untuk menghadirinya. Bukan kerana sikap malas, tetapi pada satu malam sahaja ada 2@3 talk yang diadakan serentak. 



Brother dan sister, inilah ’term’ yang sinonim bagi pelajar@mahasiswa mahasiswi UiA terpaksa memilih salah satu ’talk’ yang dirasakan betul-betul dapat mengenyangkan jiwa mereka. Apabila proses pembelajaran bermula, matlamat utama berada di sini kami mula disibukkan dengan tugas sebagai seorang pelajar. Namun, hal ini tidak mematahkan semangat aku untuk terus manghadiri ’talk’ yang diadakakan pada belah malam. Bagi aku, setelah sehari suntuk kepala aku diisi dengan ilmu dunia perlu bagi aku untuk berlaku adil dengan mengisi kepalaku dengan ilmu akhirat pada belah malamnya. Dalam satu tempoh tertentu, banyak manfaat ilmu yang aku peroleh melalui ’talk’ yang aku hadir, bukan untuk menunjuk- nunjuk tetapi untuk aku beramal.




Aku teringat akan buah fikir Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali, iaitu orang yang berilmu terbahagi pada dua golongan. Pertama, beliau menggelar ulama’ dunia. Pada hemah al-Ghazali ulama’ dunia ini menggunakan ilmu yang ada pada dirinya semata-mata untuk dunia. Golongan jenis ini ke hulu ke hilir mengajar ilmu semat-mata untuk mencari makan bagi diri dan keluarga mereka. ‘Term’ yang lebih keras yang digunakan oleh Al-Ghazali terhadap golongan ini adalah ulama’ su’ (ulama’ jahat). Kedua, ulama’ akhirat. 



Aku melihat dalam realiti semasa teramat kurang ulama’ yang dikatakan oleh Imam Al-Ghazali ini. Tidak dapat tidak, aku memerhatikan ulama’ yang betul-betul memperjuangkan Islam dengan ilmu yang ada pada dirinya untuk maslahat umat pada waktu ini salah seorangnya adalah Tuan Guru Nik Abdul Aziz, tidak dinafikan masih ramai ulama’ akhirat tapi aku mengambil contoh Tuan Guru kerana aku merasakan beliau terlalu istimewa tambahan pula aku rakyat di bawah naungannya. Tuan Guru bukannya memperjuangkan Islam semata-mata untuk ‘glamour’ tapi aku melihatkan betapa ikhlasnya niat beliau dalam perjuangan ini. Aku dalam usaha untuk beramal dengan ilmu yang amat terbatas aku ada. Aku bimbang jika ditanya kelak adakah aku telah beramal dengan ilmu yang aku belajar.



Kini telah hampir 2 tahun suasana tersebut berlaku, akan tetapi ianya seolah-olah baru semalam aku mendaftarkan diri di CFS. Aku sekarang tengah bercuti sebelum menyambung belajar di ’maincampus’, Gombak bulan 7 nanti tapi aku tidak bercadang untuk menyambung di sana atas alasan-alasan tertentu. Kalau diberi ruang dan masa, aku akan ceritakan sebab-sebab tersebut di akhir kalam nanti.



Sekarang aku ingin menyambung ’journey ’aku sebagai seorang khalifah yang telah ditetapkan di Luh Mahfuz yang aku ini pernah bergelar palajar UiA, bukan bermakna aku telah tamat belajar tapi aku telah nekad untuk sambung belajar di IPT lain. Di bumi CFS lah, aku mula mengenal jamaah Islam. Kalau ingin diceritakan dari A hingga Z, aku rasakan tidak cukup ruang untuk aku tulis. Cukup bagi aku kongsi yang aku telah menemui wadah yang aku yakin mampu untuk menegakkan kebenaran dan keadilan. Aku telah mewakafkan diri aku untuk jamaah ini. Hakikatnya, aku bukan mewakafkan diri pada jamaah tapi pada agamaMu Ya Allah. 


Dengan jamaah ini, aku jadikan sebagai wadah untuk menegakkan syiar Islam setelah menyedari kepentingan berdakwah. Ketika menjejakkan kaki di bumi CFS, aku berasa takjub dengan biah solehah. Mana tidaknya, sebelum ini aku belajar di sekolah sekular dan dididik pula oleh tenaga pengajar yang rata-ratanya memiliki doktrin barat. Namun, aku teramat hutang budi dengan cikgu-cikgu di sekolah kerana tanpa pengorbanan mereka tidak mungkin aku dapat berada di mana aku berada sekarang. Aku cuba menghayati cogan kata yang menjadi kemegahan sekolah kami: Berdisiplin, Berilmu & Beramal setelah menyedari peri penting ilmu dan amal sendiri.



Kembara ilmu ini akan aku teruskan sehingga sampai ke detik terakhir kehidupan aku walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai dugaan. Realitinya, dalam setiap sesuatu pekerjaan yang dibuat pasti ada halangan yang terpaksa ditempuh, bergantung pada matlamat dan usaha seseorang dalam merealisasikan pekerjaan tersebut. Moga aku diberi kekuatan oleh Allah Azzawajalla dalam pengembaraan ini dan istiqamah dalam menuntut ilmu. Bumi CFS tidak akan aku lupa...




1 ulasan:

  1. Alhamdulillah...setiap manusia diberikan kesempatan dan peluang..Cuma kita sedar atau tidak sahaja..Mudahan rahmat Allah sentiasa bersama kita..

    BalasPadam