Khamis, 11 Februari 2010

Perkongsian “Dialog Antara Agama”


Oleh : Ibnu Ghazali


Alhamdulillah, sekali lagi seribu kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT kerana berpeluang menulis untuk berkongsi sedikit input dengan sahabat-sahabat.


“Sampaikanlah perkara yang anda dengar kepada orang lain, sesungguhnya orang yang mendengar itu lebih baik kefahaman daripada kamu”. InsyaAllah, jika ada apa yang tersalah saya nyatakan mohon anda yang membaca membetulkannya.


Semalam saya berpeluang mengikuti “Dialog Antara Agama” yang diadakan di UKM. Namun, sedikit kecewa dalam program ini kerana hanya tiga wakil agama yang tampil berdialog. Memang dari awal sudah diiklankan sedemikian, cuma jika keempat-empat wakil agama terbesar di Malaysia berdialog, mungkin lebih banyak input yang diperoleh. Tidak ditolak kebarangkalian perkara yang tidak diingini akan berlaku jika wakil Kristian turut dijemput kerana bahang isu ‘Kalimah Allah’ masih panas.


Apa yang ingin dinyatakan, tahniah dan terima kasih kepada pihak penganjur yang membuka ruang kepada semua orang awam merebut peluang ini.


Tungkus lumus pihak penganjur ; Kelab PERKIM UKM dengan kerjasama Perwakilan Kebajikan Mahasiswa/I Buddhist berbaloi dengan kehadiran audiens yang agak ramai mengisi ruang DECTAR.


Tujuan dialog sebegini bukan untuk mencari perbezaan antara agama tetapi untuk mencari persefahaman antara penganut agama agar masyarakat di Malaysia dapat hidup dengan makmur dan menghormati agama masing-masing. Riuh diperkatakan ‘Konsep Satu Malaysia’. Dari satu sudut ianya sihat untuk kemakmuran Negara tapi kita Kaum Muslimin perlu kuat dengan akidah ASWJ agar tidak terikut dengan pelbagai fahaman karut-marut dalam agama yang turut bercakap tentang Islam. Seumpama Islam Liberal.

Namun, bagi kita orang Islam yang faham tentang peranan dakwah perlu mengambil peluang sebegini untuk sampaikan ajaran Islam yang ‘syumul’ kepada semua orang. Mudah-mudahan dengan demikian risalah nubuwwah tersebar. Allah berhak mengurniakan hidayah kepada barangsiapa yang dikehendakiNya kerana hidayah adalah milik Allah SWT.

Dirasmikan oleh Pengerusi PERKIM, Y.Bhg. Prof. Emeritus Dato' Dr. Hj. Ariffin Suhaimi


Tema dialog semalam adalah “Konsep Ketuhanan” dalam agama masing-masing. Wakil dari Hindu, Dr. M. Bala yang juga wakil Hindu Sangam di Malaysia memulakan pembentangan. Isi ‘Konsep Ketuhanan’ yang disampikan mudah difahami oleh saya, dan seluruh audiens saya katakan.

Di bawah saya berikan ringkasan ‘Konsep Ketuhanan dalam agama Hindu’ menurut kefahaman saya ;
- Juga agama ‘monotheistic’ yang mempercayai satu tuhan. Difahami dengan 2 kefahaman :
1. Kenal tuhan di luar batas pemikiran kita (Nirguna Brahmam)
2. Kenal tuhan dengan symbol (Sarguna Brahmam)

- 4 tahap kehidupan menurut fahaman Hindu :
1. Child (budak-budak) – mendapatkan pengetahuan dan hikmah
2. Alam perkahwinan – melaksanakan tanggungjawab
3. Berkhidmat untuk masyarakat
4. Tahap terakhir dipanggil ‘Moksha’ iaitu bersama tuhan – tahap ini menurut mereka adalah masa patuh dan taat kepada tuhan


Namun, janganlah kita keliru dengan agama kita yang juga mempunyai satu Tuhan kerana dalam Hindu masih banyak kekeliruan jika difikir dengan logik akal. Islam adalah agama terbaik yang menjadi pilihan Allah.


Wakil daripada Buddha pula adalah En. Ng Sai Kai yang merupakan bekas pelajar UKM. Beliau memberikan hujah hanya focus kepada ‘Moral’ setiap individu. Dalam agama Buddha tidak ada kepercayaan kepada tuhan.

Ada juga persoalan yang diajukan oleh penonton tidak dapat dijawab oleh beliau berkenaan prinsip ketuhanan.


Wakil agama Islam adalah Saudara Shah Kirit yang tidak asing lagi dalam kalangan kita. Beliau memulakan pembentangan dengan memberi takrif kepada perkataan ISLAM ; Salam, Salima dan Aslama.

Seterusnya beliau mengemukakan hujah ayat Quran yang menerangkan dengan jelas konsep keTuhanan dalam Islam. Antaranya ;
Surah al-Ikhlas ayat 1-4 dan Surah an-Nisa’ ayat 116.


Bagi individu yang sihat aqalnya akan membenarkan ayat-ayat Quran di atas jika hanya aqal menjadi ukuran baginya. Ditujukan kepada orang bukan Islam. Mudah-mudahan kita orang Islam bertambah yakin.


Persoalan yang ditanya oleh audiens dijawab oleh Saudara Shah Kirit dengan berhikmah sendiri, beliau banyak memberi analogi sebagai jawapan kepada soalan yang ditujukan. Saya amat berpuas hati dengan komentar beliau.


Saya bersyukur kerana dapat hadir ke program semalam walaupun tidak dapat mengikuti hingga akhir dialog kerana mengejar masa balik ke kampus. Alhamdulillah. Mudah-mudahan Allah memberi lagi ruang masa, kesihatan dan sebagainya untuk saya mengikuti diskusi ilmah sebegini. Amin, insyaAllah.

4 ulasan:

  1. Assalamualaikum...asif, akhi ana ada satu soalan. Andai tidak keberatan sudilah menjawab persoalan ini. Ada seorang sahabat ana meminta penjelasan bagaimana harus menjawab persoalan seorang kafir yang, "Kamu sembah batu samalah seperti kami... Kami sembah batu tapi kami gunakan ia sebagai perantaraan kepada tuhan kami.Samalh seperti kamu sembah sembah ka'abah yang dibina daripada batu tetapi kamu menjadikan batu itu sebagai perantaraan kepada tuhan kamu". InyaAllah andai tidak keberatan sudilah menjawab soalan ini. Isu ini isu akidah.

    BalasPadam
  2. ibnu ghazali respons Tanpa Nama11 Februari 2010 pada 11:17 PG

    wa'alaikumussalam.t kasih kpd sahabat yg beri respon.soalan ni dah ditanya kpd sdara Shah Kirit smasa dialog tsebut.jadi,ana bagi jawapan beliau ;1. kita bukanlah sembah ka'bah, ka'bah hanya kiblat pnyatuan umat Islam. perlu faham betul2 di sini. kalau org yg sembah batu/patung berhala, mereka tidak akan pijak/langkah berhala tsebut tapi org Islam selalu panjat Ka'bah. 2. gambar berhala pula, mereka tidak akan langkah/pijak sedangkan kita orang Islam selalu pijak gambar Ka'bah yg ada atas sejadah. 3. ka'bah sebagai kiblat untuk menyatukan umat kerana jika tiada Ka'bah, orang Islam akan bergaduh setiap kali hendak solat (berbalah arah kiblat). jawapan yg diberikan oleh Sdra Shah Kirit mgkin b'bentuk hujah aqal tapi kita boleh jadikan sandaran untuk menjawab psoalan jika diajukan pertanyaan ini. insyaAllah..bolehlah kita rujuk kepada yang faqih utk dpat'n dalil.terima kasih

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah syukran.. Ini salah satu jawapan daripada seorang ustaz talaqi ana. Cuma sebagai perkongsian. Kita tidak sembah batu dan kaabah. Buktinya kalau tidak ada kaabah di hadapan kita, kita tetap solat. Lagi, di atas kapal terbang, kita solat tidak kaabah. Kaabah cuma QIBLAT, tidak disembah. Berbeza dengan orang kafir, jika tidak ada patung di hadapan mereka nescaya mereka tidak akan solat. Syukran kerana sudi menjawab. InsyaAllah semoga thabat dalam dakwah.

    BalasPadam
  4. syukran ya akhi/ukhti.jazakallah khOir..moga diberkati Allah semua,istiqomah di jalanNya

    BalasPadam