Jumaat, 2 April 2010

Fenomena Facebook



Oleh : Ibnu Ghazali

Bismillahir Rahmanir Rahim

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah SAW Khatimul Anbiya’, Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammad wa ‘ala alihi Muhammad

Siang tadi saya berkesempatan ‘chatting’ dengan seorang senior di ‘Facebook’. Dr Zainur Rashid Zainuddin. Beliau adalah antara aktivis Palestin (Aman Palestin), juga sahabat kepada Ir Ahmad Jais (Ex-IKIM). Tidak sangka, rupa-rupanya Ir Jais juga ex-MRSM Kuantan (KUATAGH).

Apa yang ingin dikongsi di sini adalah pendirian Dr berkenaan isu ‘Zuckerberg’.
Zuckerberg adalah individu yang bertanggung jawab ke atas kewujudan Facebook yang menjadi fenomena masyarakat dunia sekarang. Ada yang mendakwa Facebook menyumbang kepada kemusnahan Palestin dan pembunuhan rakyat Palestin.


Di bawah ini adalah ‘point’ perbincangan kami melalui ruang ‘chatting’ yang amat terhad. Saya mohon maaf jika anda kurang faham. Jika ada sebarang kemusykilan, bolehlah terus merujuk kepada Dr kerana saya tiada autoriti untuk mengulas.

- Memahami isu Palestin adalah isu semua dan isu Islam khususnya
- Mengikut keutamaan dalam memperjuangkan isu ini, strategi
- Guna strategi musuh untuk mendepani mereka namun tidak boleh bergantung sepenuhnya dengan kaedah mereka.
- Menyumbang dalam isu Palestin dengan penyebaran isu, kewangan, doa dan juga boikot terpilih.
- Analogi ; kita tidak akan dapat melaksanakan ibadah haji jika kita menolak penggunaan kapal terbang. Kaitkan dengan ‘Facebook’-Isu Palestin

Konklusinya, saya sependapat dengan beliau kerana melalui aplikasi Facebook banyak manfaat yang dapat kita cetuskan. Cumanya ia bergantung kepada individu. Jika keburukan lebih banyak daripada kebaikan dalam maslahah (terhadap diri anda) maka jauhilah Facebook.

1 ulasan: