Selasa, 25 Mei 2010

‘Orang Itu’

Orang itu merasakan dirinya betul,
Orang itu merasakan dirinya mulia,
Orang itu menganggap dirinya pemimpin paling berpengaruh,
Orang itu menganggap semua senang dengannya,
Orang itu mahu semua ikut arahannya,
Orang itu mahu semua tunduk ikut kepalanya,


Jika apa yang dia cakap betul, aku akan akui,
Jika apa yang dia cakap baik, aku akan akur,
Jika apa yang dia pimpin bagus, aku akan patuh,
Jika apa yang dia borak bermanfaat, aku akan respon,
Jika apa yang dia arahkan positif, aku akan ikut,
Jika apa yang ada di kepalanya bersih, aku akan hormat,



Orang itu baik,
Orang itu jahat,
Orang itu ramah,
Orang itu bengis,
Orang itu bagus,
Orang itu sampah,


Jika dia solat jemaah bersama, aku akan hormat,
Jika dia tidak tutup aurat, aku akan benci (perangainya),
Jika dia banyak sedekah (senyum), aku akan balas,
Jika dia kedekut, aku akan menyampah,
Jika dia menyumbang, aku akan berterima kasih,
Jika dia menyombong, aku akan berpaling muka,


*Pengalaman penulis mengikuti Latihan Medan Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA) UniKL-MIAT yang diWAJIBkan kepada pelajar MIAT di Kem Ulu Bendul pada 22-24 Mei 2010

Terima Kasih kepada anggota JPAM yang menyumbang & jahanam kepada anggota JPAM yang tidak laksanakan amanah Agama, Negara dan Bangsa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan