Ahad, 8 Mei 2011

Selamat Hari Ibu



Aku lahir ke dunia ini
Kerana seorang wanita
Kerana pengorbanan dan kasih sayang
Insan paling mulia di antara wanita di dunia

Mama
Aku mula belajar
Kerana keperibadianmu
Kerana jasa dan tunjuk ajarmu
Hanya mama aku taruh harapan

Mama
Aku selalu berdosa
Aku sering melukakan hatimu
Namun tak pernah menghukum perlakuanku

Mama
Aku  akan berumahtangga
Aku bakal memiliki keluarga
Tapi aku berjanji tak akan mengenepikan dirimu

Mama
Aku berjanji untuk jadi anak soleh
Aku mahu berkhidmat untukmu
Hanya yang terbaik akan aku lakukan

Mama
Aku menadah tangan mohon maghfirah
Aku berdoa meminta sakitmu hilang
Moga Allah beri kebahagiaan dunia dan akhirat untukmu

Mama
Terima kasih dan
Selamat hari ibu buat Mama,
Hajjah Naimah binti Mohd Rashidy
Semoga cepat sembuh, Amin

Jenderam Hulu, Jam 0400

1 ulasan:

  1. Playtech launches new casino games for mobile and desktop
    The company said it 모바일 바카라 launched Playtech mobile 속초 출장안마 gambling games on its mobile, tablet 인천광역 출장마사지 and other devices in March 2019. The company 아산 출장마사지 has May 25, 진주 출장안마 2019

    BalasPadam