Apabila datang bulan Ramadan pada setiap tahun umat Islam diperingatkan semula tentang satu malam yang begitu besar maknanya iaitu malam al-Qadar. Malam al-Qadar atau dalam bahasa arab disebut lailatul Qadar terdapat beberapa makna.
Lailatul Qadar menurut Ibnu Abbas, Ikrimah dan Sa’id bin Jubair membawa maksud malam keputusan; atau malam penetapan. Manakala tafsir Qurtubi dalam menjelas ayat surah al-Nasr pula menjelaskan bahawa maknanya adalah malam yang sempit.
Dinamakan demikian kerana pada malam itu bumi sesak ataupun sempit dengan para malaikat. Dalam al-Quran disebut oleh Allah SWT bahawa malam tersebut ganjarannya seumpama seribu bulan. Lailatul qadr merupakan malam yang diberkahi. Allah Ta’ala berfirman al-Dukhan ayat 1-6 yang bermaksud
“Haa Miim. Demi Kitab (al-Quran) yang menjelaskan. Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kami lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah. (Iaitu) urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah yang mengutus rasul-rasul sebagai rahmat dari Rabb-mu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Bagi
mereka yang teguh imannya pastinya akan berasa terkejut dengan hadiah
Allah SWT yang begitu besar bagi mereka yang benar-benar memperolehi
malam tersebut.
Bandingan satu malam yang dinamakan sebagai malam
al-qadar dengan seribu bulan sama juga seumpama 83 tahun. Kiraan secara
zahir ini menunjukan betapa besar pahala yang Allah swt berikan kepada
umatnya bagaimana tempoh 83 tahun tersebut seolah-olah satu umur bagi
seorang manusia yang hidup dimuka bumi ini.
83 tahun adalah
tempoh agak panjang sebagai manusia, namun satu malam al-qadar itu amat
bermakna sekali. Namun dalam huraian hadith begitu banyak penjelasan
diberikan tentang tarikh sebenar bilakah malam al-qadar tersebut.
Perdebatan
yang dilakukan oleh para ulama dan muhaddithin ini mengundang kita
memikirkan kenapakah tiada satu masa yang tunggal bagi kita untuk
mendapat ketetapan Allah swt agar kita sedia dan mampu meraih malam
al-qadar dengan mudah.
Firman Allah SWT dalam surah al-Qadar ayat 1-5 yang bermaksud
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
Malam Lailatul-Qadar lebih
baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril
dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang
ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah malam
(yang berkat) itu hingga terbit fajar.
Pengurniaan malam al-qadar
oleh Allah swt dalam bulan Ramadan dengan segala perselisihan masa yang
tepat bilakah ianya berlaku mengundang kita sebagai hambaNya berfikir
apakah makna disebalik anugerah ini.
Sebagai pencipta alam ini
pastinya Allah menghendaki kita agar sentiasa bersedia tidak kira pada
awal masa, pertengahan dan akhir Ramadan agar sentiasa berusaha mencari
bilakah malam al-Qadar sebenarnya. Ertinya disini Allah SWT ingin
menguji dan menawarkan kita satu pertandingan dikalangan hambaNya
siapakah dikalangan mereka yagn benar-benar ikhlas mencari malam
al-Qadar.
Wujudnya kesedaran untuk mencari malam al-Qadar ini
tidak akan terbit semata-mata untuk berada dalam suasana hening malam
dan bangun untuk melihat peristiwa apa yang bakal berlaku semata-mata.
Namun
disebalik usaha dan ikhtiar manusia mencari malam al-Qadar ini selain
merebut pahala berganda tersebut adalah manifestasi cinta kita kepada
Tuhan yang menganugerahkan nikmat dan kasih sayangnya kepada seluruh
hambaNya.
Cinta kita kepada Allah yang ikhlas dan kasih sayang
yang diterima tanpa berbelah bahagi daripadaNya yang mampu membangkitkan
kesedaran iman dan taqwa untuk mencari malam al-Qadar tersebut kerana
telah dijanjikan Allah swt bahawa pada malam tersebut diturunkan para
malaikat untuk melihat dunia siapakah yang sedang melaksanakan ibadah
kepada Tuhannya.
Tanpa rasa cinta dah kasih kepada Tuhan mana
mungkin kita bersedia untuk bangun malam, membuka segala kelemahan
kepada Nya, memohon keampunan dan mendoakan kesejahteraan hidup didunia
& akhirat. Hanya mereka yang teguh iman, tegap taqwanya bersedia
menghadapi ujian bangun malam dengan gigih.
Inilah hakikat
pencarian malam al-Qadar yagn harus dipelajari. Pencarian ini juga
jangan dilihat sebagai satu usaha yang kosong dan dijadikan pesta untuk
meraih malam yang penuh barakah ini.
Mulakan diri dengan
kesedaran dan tingkatkan rasa iman yang benar–benar semata-mata untuk
mencari keredhaan Allah semata-mata. Mari kita sama-sama renung firman
Allah dalam surah Saba’ ayat 46 yang bemaksud:
Katakanlah (Wahai
Muhammad): “Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu
perkara sahaja, iaitu: hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha
mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, sama ada dengan cara berdua
(dengan orang lain), atau seorang diri; kemudian hendaklah kamu berfikir
sematang-matangnya (untuk mengetahui salah benarnya ajaranKu.”
Sesungguhnya
sebagai Khaliq dan pencipta alam ini, sudah tentulah Allah SWT ingin
melihat melalui kekuasaan siapa dikalangan mereka hambaNya yang
benar-benar berusaha dalam mencari peluang dan ruang pada malam al-Qadar
tersebut.
Malam yang penuh dengan barakah ini dijanjikan Allah
dengan pahala yang cukup besar melalui solat-solat sunat, tilawah
al-quran dan muhasabah diri agar kita kembali merapatkan jurang yang
sudah jauh dengan Allah swt.
Sebagai hambaNya yang beriman sikap
mencari keredaan Allah mesti dicipta dalam diri. Marilah kita bina
kekuatan mencari malam al-Qadar dengan cinta dan kasih pada Nya.
salam....bro..boleh cntct aq x?..aq now asasi uiam,but aq nak sgt g miat nie...aq pi interview bulan 5 aritu tp xdpt atas alasan result aq yg baek nie rugi masuk miat...aq sdey sgt2 bro..after aq masuk uia,aq xley concentrate stdy coz aq nak sgt g miat...rsult aq fail hampir all of the subjects,tolg aq bro,ape aq ptot wat....nie emel aq.. op434370@gmail.com...pliz bro..i need ur help
BalasPadamWa'alaikumussalam..
BalasPadamskarng ni bro tahun brapa di cfs & amik jurusan apa?insyaAllah untuk bkongsi sy boleh tlg tp harapan lain mungkin mngikut kemampuan saya..