Isnin, 28 September 2009

Syawal Pengganti Ramadhan

Oleh : IbnuGhazali

Ramadhan bulan yang penuh dengan barokah telah berlalu pergi dan semakin jauh dengan kita semua. Amat rugi bagi kita yang tidak merebut peluang yang telah dihamparkan oleh Allah untuk kita menambah amal pada bulan lepas. Ramadhan hadapan belum tentu dapat kita nikmati lagi. Syawal hadir sebagai pengganti Ramadhan, bulan yang dijadikan khusus untuk kita memanjatkan kesyukuran kepadaNya melalui lafaz-lafaz mulia tasbih, tahmid dan amalan lain.



Ramadhan lepas amat melekat di hati aku. Pengalaman yang betul-betul bermakna. Pelbagai peritiwa berlaku.

Syawal yang penuh makna.

Alhamdulillah, Aidilfitri kali ini sekali lagi menjadi penyaksian atas penyatuan hati-hati anak beranak kami. Semua anak-anak Mama dapat berkumpul pada hari raya namun tidak semua dapat berkumpul sekaligus pada hari raya pertama.


Usai solat Subuh di Masjid Mahmudi, takbir dilaungkan beramai-ramai diketuai oleh Ustaz Sobri. Hati kecil ini amat tersentuh dek mengenang kebesaran Allah SWT lantas teringat orang yang telah pergi dahulu daripada kita. Bagaimana keadaan Abah di sana? Ya Allah, amat banyak dosa aku kepada Abah. Ampunkan dosa-dosa aku Ya Allah. Moga Abah bersama-sama orang yang beriman dan mendapat istirehat di alam barzakh.


Peluang ini aku ambil kesempatan meminta maaf daripada Mama dan mengadu hajat untuk didoakan oleh seorang ibu yang amat memahami kerenah anak-anaknya. Doakan Amin berjaya dunia akhirat, menjadi anak soleh, diberi rezeki isteri solehah & tercapai cita-cita. Aku amat risau jika Syawal depan aku tidak berpeluang lagi mencium dan mengucup pipi Mama yang semakin lanjut usianya.


Tidak sanggup untuk aku melihat Mama pergi dulu daripada aku.


Ukhuwwah adik-beradik masih terasa kuat seperti dulu walaupun ramai yang sudah berumahtangga, tinggal hanya kami berdua. Cik Ma dan aku.





Moga tautan ukhuwwah ini berterusan dan diperkuatkan oleh Allah dengan cahaya di jalanNya.


Izinkan aku bertemu lagi dengan Ramadhan hadapan Ya Rabbi.







Bermacam ragam anak-anak buah. Pening kepala ayah su. Haa,tertinggal lagi sorang,ramai sangat..


Ayuh kita tunjukkan tanda kesyukuran kepada Khaliq dengan berpuasa enam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan