Khamis lepas aku baru sahaja pulang dari Kuantan selepas menziarahi ’kaum kerabat’. Sebelum itu kami tiga beranak telah mengembara dari Barat ke Selatan Semenanjung.
Tujuan utama aku keluar Kelantan selepas dua bulan lepas bertujuan untuk menghadiri temuduga kemasukan UniKL. Perjalanan aku kali ini ditemani Mama dan Cik Yah, masih dengan tongkatnya ke hulu ke hilir. Kesempatan itu aku ambil dengan mengajak mama untuk pergi ke rumah Chik & Cik Ma.
Tidak dirancang, aku berkesempatan menghadiri Kuliah Pengajian Ustaz Fahmi Zamzam di Ba’alawi pada Ahad malam sejurus sampai di Ampang petangnya. Kitab Bekal Akhirat kami hadap bergurukan Ustaz Fahmi. Amat lama aku tidak mengikuti kuliah beliau, terkenang sewaktu aku bersama sahabat-sahabat di UiA PJ bertalaqqi dengan beliau di Masjid al-Falah & Ba’alawi.
Sewaktu Kuliah Ustaz Fahmi Zamzam di Ba'alawi suatu ketika dulu
Kesempatan itu juga aku rebut dengan menziarahi Yayasan al-Jenderami di Jenderam Hilir, Dengkil yang letaknya tidak jauh dari UniKL MIAT. Disebabkan masa tidak banyak, kami tidak sempat singgah lama di sana. Mudah-mudahan Allah memberi rezeki kepada aku untuk sambung belajar di MIAT. Harapannya, mudah bagi ’balancing’ ilmu.
Panorama Yayasan al-Jenderami
Lima hari perjalanan kami ada diduga dengan ujian oleh Allah. Berkat doa Mama kami sampai dengan selamat di rumah.
Sekarang, jadual aku seperti biasa walaupun kawan-kawan di kampus sedang bertungkus lumus dengan ’exam’. Moga kalian berjaya dengan keredhaan Allah sentiasa di samping.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan