Selasa, 21 September 2010

Mencari Qurrata ‘Ayun

Oleh : Ibnu Ghazali

Bismillahir Rahmanir Rahim

Seorang lelaki inginkan seorang wanita. Atas alasan apa keinginan ini?

Jawapan kepada persoalan di atas bergantung kepada cara fikir masing-masing. Ya, cara fikir yang dipandu oleh Dinullah.

Islam telah meletakkan batu asas dalam kita melampiaskan keinginan ini. Sebagai seorang mukmin yang yakin dengan hikmah maqasid syariah, jangan kita terlepas pandang dalam hal ini. Kayu ukur dalam kita menuntun nafsu telah ada dalam Islam. Cuma, ianya terpulang kepada kita sama ada untuk ambil atau tidak.

Tulisan ini sekadar pendapat penulis yang belum mengecapi nikmat berumah tangga, yang berada dalam dilema. Ya, dilema. Tapi bukan dilema mencari pasangan (kerana hal ini aku serahkan pada ketentuan Allah, jika dia adalah jodoh terbaik baik aku, aku terimanya dengan ikhlas. InshaAllah). Tapi dilema dalam melaksanakan apa yang aku fikir dan apa yang aku bakal tulis di bawah.

Rata-rata kawan yang aku kenal, ada yang sudah mendirikan rumah tangga. Betapa bertuah diri mereka kerana berjaya berkahwin di usia muda. Mana tidaknya, jika dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki mereka bakal dikurniakan pewaris soleh dan solehah yang banyak ramai, inshaAllah. Zuriat soleh dan solehah inilah yang bakal mendukung perjuangan nubuwwah kelak.

Bertuah juga kerana berjaya membebaskan diri dari fitnah dunia sekarang. Mabruk alaikum.

Namun, aku runsing kerana masih banyak ujian yang terhampar di hadapan untuk aku tempuh satu persatu. Peliharalah aku daripada fitnah wanita Ya Allah. Jika Nabi Yusuf Alaihissalam berjaya menundukkan Zulaikha yang menggodanya, aku masih jauh kerana iman ini selalu berada di tahap bawah. Memang benar, iman itu kadang-kadang naik kadang-kadang turun. Jika godaaan dan ujian datang sewaktu iman dalam keadaan sempurna, Alhamdulillah dengan izin Allah tapi jika dugaan datang ketika iman lemah, Na’uzubillah.

P/s : Apa yang aku cari adalah Qurrata ‘ayun…

…bersambung pada tajuk [Carilah Teman Hidup Yang Sesuai Denganmu]

Jam 1838, 12 Syawal 1431 Hijriah
Baitul Ghazali-Tok Burung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan