24 September 2010 Bersamaan 15 Syawal 1431 Hijrah
10.00 am :
Kami (Hafiz, Syahiran, Staf-staf IOA dan saya) bertolak dari Islamic Outreach ABIM (IOA), Kok Lanas, Ketereh dengan menaiki 4 buah kenderaan 4x4 (4 wheel drive) ; satu Toyota Land Cruiser dan tiga Mitsubishi Pajero. Bro Nazrin, Bro Syazwan, Bro Syahiran dan saya menaiki satu kenderaan Pajero (yang tertulis di ‘body’ UNIT LATIHAN) yang dipandu oleh Bro Nazrin.
Sebelum bertolak ; di IOA, Kok Lanas. Kenderaan untuk kembara kelihatan
1.00 pm :
Tiba di Bandar Gua Musang untuk menunaikan solat Jumaat dan makan tengahari. Kami meluangkan masa dua jam di Gua Musang untuk menyelesaikan beberapa perkara sebelum ‘travel’ ke dalam hutan ; mengisi petrol RM20.00 dalam gelen untuk digunakan bagi menghidupkan generator system. Kata Bro Nazrin, 20 ringgit petrol ni boleh bertahan selama 2 hari bagi membekalkan tenaga elektrik.
3.00 pm :
Kami memulakan perjalanan dari Bandar Gua Musang ke Kuala Betis. Tapi sebaik saja tiba di simpang tiga jalan ke Kuala Betis, kami ambil simpang kiri menghala ke Pos Hendrop (jalan Cameron Highlands).
Jalan ke Cameron Highlands
Jangan terlepas pandang 'sign board' ini kalau ingin ke perkampungan orang asli Pos Hendrop (dari jalan utama, Cameron Highlands)
4.00 pm :
Pengembaraan kami sampai di lorong masuk Pos Hendrop. Jalan masuk elok berturap tar. Hanya beberapa batu saja berturap tar. Selepas tar, batu kelikir. Seterusnya lumpur yang betul-betul menguji daya tahan. Inilah yang dipanggil ‘adventure’. Kegemaran saya.
Akibat hujan, jalan masuk agak mencabar dek licin
Lima minit perjalanan dari jalan besar, sampailah kami di Pos Hendrop yang menempatkan sekolah, surau, balai raya dan rumah. Pos Hendrop agak maju berbanding beberapa pos lain.
5.20 pm :
Sampailah kami di tempat yang dituju.
POS PLUG.
Sebutannya bukan ‘PLUG’ (dalam Bahasa Inggeris) tapi ‘Pe Lug’. Ejanya cuma keInggerisan tapi sebutnya keMelayuan.
Di sini saya hanya berkongsi gambar-gambar peristiwa bersama anda, hanya sedikit huraian peristiwa.
HARI PERTAMA (Pos Plug)
Jalan masuk ke Pos Hendrop, terpaksa melalui Hendrop untuk ke pos-pos lain kerana hanya ada satu laluan
Tiba di Pos Hendrop, laluan utama
Bukan lagi jalan tar
Alhamdulillah, selamat sampai di Pos Plug
Tiba di Pos Hendrop, laluan utama
Bukan lagi jalan tar
Alhamdulillah, selamat sampai di Pos Plug
Gotong royong ; potong ayam
Gotong royong
Gotong royong ; tanak nasi, terer Abe Hafiz kito
Gotong royong ; masak gulai ayam
Gulai tak masak lagi, tapi mereka sudah sedia menunggu
Di sinilah tempat kami bermalam 'diulit' bau kapur barus ; pondok berdinding dan berlantaikan buluh
HARI KEDUA (Pos Ber)
Di hadapan 'warung' yang menjadi 'dewan' bagi Sambutan Hari Raya Eidulfitri
Menikmati keindahan alam, Allahu Allah
Hampir terlena, Subahanallah
Menikmati keindahan alam, Allahu Allah
Hampir terlena, Subahanallah
Penduduk termasuk kanak-kanak dihidangkan dengan menu Raya ; Nasi putih, gulai daging, sayur dan budu
Bersama Bro Nazrin selaku penggerak IOA dan 'pemandu' kami, syukran jazilan ya akh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan