Jumaat, 22 Oktober 2010

Aurat & Hijab Anjuran Syariat Bukan Untuk Pesta-pestaan

Baru-baru ini, heboh di laman sosial Facebook berkaitan tindakan ISTERI pemimpin nombor satu negara yang mencemar kemuliaan nama Islam melalui penganjuran Festival Fesyen Islam. Nama sahaja Islam, sebaliknya Islam telah menjadi 'produk komersil' demi keuntungan peribadi semata-mata. Penganjuran festival ini sememangnya tidak mengikut syariat.

 Ahli Lembaga PENASIHAT penganjuran ISLAMIC FASHION FESTIVAL


Ini dia Pertunjukan Fesyen 'Islamic'. p/s : Salah satu daripada acara dalam IFF (Islamic Fashion Festival)


Benarlah hujah Syeikh Sayed Abul Hasan Ali Al-Nadwi dalam 'al-Sira' bainal Iman wal Maddiyyah (Pertentangan Iman dengan Materialisma)'.
Tamadun Kebendaan Bersifat Melampau dan Keterlaluan, m/s 64 : ..sikap keterlaluan, menjahanam, melampau dan melewati batas memang sudah menjadi sifat tamadun kedajalan ini. Sikap-sikap tersebut juga menjadi syiar yang menggambarkan tamadun tersebut serta pendukungnya. Keterlaluan dalam usaha, pengeluaran, hiburan, keseronokan, kesungguhan bekerja, teori-teori politik dan ekonomi.


 Individu-individu yang terlibat sebagai PEREKA IFF

Di sini saya petik komentar oleh seorang hamba Allah yang mewakili satu NGO Islam terhadap isu ini. Moga dapat renungan bersama.

__________________________________________________________________________________


Bahagian Hal Ehwal Wanita (HELWA) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang serius penganjuran Islamic Fashion Festival, yang gagal memenuhi serta mematuhi kehendak Syariah serta konsep aurat yang digariskan di dalam Islam. HELWA ABIM berpandangan bahawa isu penjagaan aurat dan hijab adalah vital sekiranya masyarakat mahu membicarakan tentang fesyen Islam. 


Justeru, HELWA ABIM merasa sangat kecewa dan terkilan dengan interpretasi fesyen Islam yang gagal dihayati dan difahami secara keseluruhannya, khususnya menyentuh isu penjagaan aurat yang menjadi elemen terpenting dalam penghayatan Islam secara keseluruhannya. Malah apa yang dipotretkan kepada masyarakat sewaktu penganjuran Islamic Fashion Festival ini nyata jauh tersasar dan mengelirukan masyarakat Islam sendiri malah serta merupakan unsur-unsur penghinaan terhadap Islam dengan jelas. 


Menutup aurat dan hijab adalah lambang wanita Islam. Ia hadir dengan esensi murni yang signifikan untuk memelihara kehormatan, maruah dan melambangkan akhlaq seorang wanita Islam. Ia bukan pakaian bermusim untuk pesta-pestaan serta bukan pakaian untuk melambangkan siapa yang lebih Islamik. Bahkan ia juga bukan interpretasi bahawa inilah pakaian Islam yang sebenar mengikut pandangan peribadi sesiapapun. 


Anjuran menutup aurat bukan untuk pesta-pestaan semata-mata. Ia adalah anjuran ketegasan wahyu dan perintah yang tuntas demi menjaga kehormatan dan maruah seorang wanita Islam sebagaimana yang terkandung di dalam Surah al-Nur: 31 :


“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya menahan pandangan mereka (daripada memandang perkara-perkara yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya. Dan mereka perlu melabuhkan kain tudung mereka ke dadanya” 

Selanjutnya Firman Allah SWT di dalam Surah al- Ahzab: 59 yang bermaksud: 


“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman supaya mereka melabuhkan pakaian bagi menutup seluruh tubuhnya”. 


Andai wanita Islam jelas tentang konsep dan anjuran syariat tentang kewajipan menutup aurat, tidak timbul soal fesyen Islam yang berterusan mahu dipesta-pestakan sedangkan ia jelas bertentangan dengan syariat dan sama sekali terpesong dari fahaman esensi kepentingan menutup aurat yang sebenar. 


FADHLINA DATO’ SIDDIQ 



P/s : Gambar-gambar di atas disedut dari laman Islamic Fashion Festival ; Discover the Beauty of Modesty

Tiada ulasan:

Catat Ulasan