Oleh : IbnuGhazali
Alhamdulillah, baru sekarang aku berpeluang untuk menulis kerana sentiasa dihimpit oleh waktu. Aku baru sahaja pulang dari Pulau Perhentian beberapa hari lepas atas dasar amanah yang dipertanggungjawabkan. Untuk mengetuai kumpulan fasilitator amat terasa bebannya, tambahan pula peserta kali ini adalah murid-murid sekolah. Berbekalkan pengalaman yang amat sedikit aku melangkah ke Jeti Kuala Besut untuk ke Pulau Perhentian lebih kurang pada pukul 9.30 pagi Ahad.
Debaran sewaktu menunggu untuk menaiki bot laju
Amat teruja bagi aku untuk ke sana kerana ini merupakan kali pertama aku ke pulau walaupun cuaca ketika dalam perjalanan tidak memuaskan. Subahanaallah, indah sungguh alam ciptaan Allah S.W.T. Jika hati ini tidak dikotori dengan maksiat, amat mudah untuk bertaqarrub dengan Azzawajalla hanya dengan melihat ciptaanNya.
Aku bersyukur kerana tidak mabuk laut, risau juga pada mulanya…
Perjalanan dari Kuala Besut ke Pulau Perhentian mengambil masa lebih kurang setengah jam.
Matlamat utama kami ke sana adalah untuk berdakwah. Semestinya bagi semua individu yang bergelar Islam. Namun, modus operandi kami adalah untuk membantu calon-calon UPSR di Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian.
’Program Adik Angkat’ ini dikelola oleh YAPEIM dan aku ke sana atas kapasiti fasilitator mewakili PPIK. Aku berusaha untuk menanam dalam diri prinsip non-partisan demi maslahat ummah.
Bersama adik-adik Tahun Enam,mudah sekali mereka bergaul dengan kami
Amat sukar untuk kita berdakwah kepada orang yang langsung tidak mahukan agama. Ibarat zaman permulaan Rasulullah berdakwah kepada masyarakat jahiliyyah, itulah perumpamaan yang diberi sebelum bertolak ke sana. Amat menggerunkan.
Hari pertama dan kedua di Pulau Perhentian pengisian berjalan dengan lancar walaupun berlaku sedikit masalah, kebiasaan setiap program jika waktu lari sedikit. Sukar bagi aku untuk memastikan tidak berlakunya masalah ini.
Manusia hanya merancang, Allah yang menentukan. Misi aku hanya setakat dua hari kerana Dia tidak mengizinkan aku untuk meneruskannya.
Hari ketiga di Pulau Perhentian,panggilan dari kampung........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan