Oleh : IbnuGhazali
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Syukur ke Hadrat Illahi kerana diberi ruang sekali lagi untuk menulis setelah beberapa proses membaca, meneliti dan merujuk aku lalui. Aku berfikir panjang untuk melontarkan idea dan kefahaman aku yang cetek berkenaan isu ini. Berpegang kepada perkara yang haq perlu ditegakkan walaupun pahit untuk diterima oleh segelintir pihak, aku gagahkan juga untuk mengemukakan buah fikiran sebagai seorang yang masih belajar dan kekurangan pengalaman. Mungkin ini permulaan bagi aku untuk menguji diri yang kononnya ingin berjuang di jalan Allah.
Perkara ini telah lama berlegar di dalam benak fikiran aku, baru sekarang aku berani untuk mula merungkai kemelut yang berlaku ini setelah mendapat ’spirit’ daripada seseorang.
Dalam realiti kaum Muslimin pada hari ini, tidak dapat dinafikan punca utama kepada segala permasalahan adalah tiada penyatuan ummat. Aku mengemukakan hujah di sini bukan untuk menghentam mana-mana pihak tetapi agar kita merenung kembali ayat Allah yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu pergi (berperang) di jalan Allah, maka telitilah (carilah keterangan) dan janganlah kamu mengatakan kepada orang yang mengucapkan “salam” kepadamu, “Kamu bukan seorang yang beriman”, (lalu kamu membunuhnya), dengan maksud mencari harta benda kehidupan dunia, padahal di sisi Allah ada harta yang banyak. Begitu jugalah keadaan kamu dahulu, lalu Allah memberikan nikmat-Nya kepadamu, maka telitilah. Sungguh, Allah Maha teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.” (QS : 4:94).
Proses perungkaian persoalan ini dilakukan dengan meneliti keadaan masyarakat semasa. Pengalaman yang ada dimanfaatkan untuk cuba menyelesaikan kemelut dalam umat Islam sekarang. Aku ingin berkongsi dengan sahabat satu cerita.
Baru-baru ini aku bertemu dengan seorang sahabat yang baru sahaja kenal, walaupun begitu beliau sangat mudah untuk ’masuk’ dengan semua orang. Sahabat ini merupakan seorang ustaz dan bertugas di kawasan ulu di negeri kami. Beliau menceritakan masih ada penduduk di kawasan berkenaan yang mempunyai sikap dan mentaliti lapuk. Sanggup tidak pergi berjama’ah di masjid semata-mata puak di masjid berlainan warna bendera (tidak mahu sebut pihak mana) dan mereka rela berjama’ah di surau/musolla. Sedangkan dalam kita menunaikan solat, solat dua orang lebih baik dari bersolat seorang diri, solat tiga orang lebih baik dari solat dua orang dan begitulah seterusnya. Nak dipendekkan cerita, dalam kalangan puak yang berjama’ah di musolla tersebut mereka berpecah dua puak pula. Masing-masing memilih musolla yang berkenan di hati. Sebabnya hanya satu, pilih musolla yang paling dekat dengan rumah. Sedangkan jarak antara dua musolla berkenaan tidak sampai 500 meter pun. Masing-masing nak letak surau depan tangga rumah mereka.
Aku gelak dalam hati bila dengar cerita sahabat ni. Tidak sangka masih wujud mentaliti dalam masyarakat kita sedemikian rupa tapi aku sangkal tanggapan berkenaan dan bagi peluang untuk dengar lanjutan cerita. Aku husnu zon yang mereka ada dalil masing-masing berbuat demikian. Tapi sebaliknya terjadi, ustaz tadi sambung setiap petang akan ada satu aktiviti yang ’panas’ di pinggir kampung ni. Setiap pondok/wakaf akan dikelilingi dengan orang tua, orang muda bermain ’haji’..Mereka bertaruh siapa yang menang dan jaguh kampung sebagai ’haji’..haha..rupanya tanggapan aku pada mulanya tadi membenarkan. Rupanya mereka jahil tentang agama.
Aku gelak kerana suasana sedemikian rupa pernah timbul di kawasan aku suatu ketika dulu dan aku membesar dalam suasana tersebut. Hasil penat lelah orang yang faham agama membuahkan hasil yang positif dalam kalangan masyarakat kampungku. Ramai yang sudah pencen daripada ’haji’ dan mula jadi kaki masjid. Walaupun demikian, yang aku sakit mata bila tengok sewaktu ustaz/tok guru menyampaikan kuliah di masjid untuk isi masa senggang Maghrib-Isyak masih ada ’haji-haji’ pencen tersebut bersandar di dinding masjid sambil hisap rokok dan berbual kosong. Kesian kat ustaz kat depan tu sorang-sorang. Tapi kira baik lah daripada mereka istiqamah dengan tabiat lama.
Mungkin suasana ini tidak berlaku di tempat lain dan sahabat-sahabat sukar untuk membayangkan suasana masyarakat sedemikian rupa. Aku memberikan contoh di depan mata aku.
Melalui pembacaan aku, aku mendapat suatu input yang amat berguna sekali. Rupanya, suasana fanatisme mazhab (puak) ini pernah timbul suatu ketika dahulu.“Hakadha Zahara Jailu Salahu Al-Din wa Hakadha ‘Adat Al-Quds” buku karangan Dr. Majid Irsan Kailani yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan diberi judul “Kebangkitan Generasi Salahuddin dan Kembalinya Al-Aqsa ke Pangkuan Islam” menjadi bahan rujukan aku dalam isu ini. Suasana waktu tersebut amat meruncing sekali sehingga puak yang berlainan ideologi, fahaman, pendapat, politik sanggup membunuh sesama sendiri untuk mendapatkan kepentingan peribadi semat-mata. Mereka amat taksub dengan puak masing-masing.
Peranan yang dimainkan oleh al-Ghazali amat besar sekali kepada umat Islam sewaktu itu. Kerangka pemikiran masyarakat yang porak peranda disebabkan kekecewaan mereka terhadap pemimpin umat yang tidak dapat memainkan fungsi sebagai khalifah dangan baik dan mementingkan diri semata-mata melahirkan generasi yang kucar-kacir. Dalam suasana sedemikian rupa masih ada insan yang berjaya membawa pengislahan dalam masyarakat. Hujjatul Islam Imam al-Ghazali lah yang menjadi penyelamat umat pada waktu tersebut.
Adakah kita ingin menunggu untuk lahir seorang lagi a’lim ulama’ baru kita ingin membuat anjakan dalam diri sendiri dan seterusnya masyarakat?
”Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.”
(QS : 13:11)
Persoalan ini aku ajukan kepada individu yang berautoriti dalam bidang agama kerana aku tidak layak untuk mengungkai permasalahan dengan akal aku yang amat terbatas. Beliau jugalah yang meniup ’spirit’ ke dalam diri aku seperti aku sebutkan di atas. Ustaz Ghazali Abdul Rahman seorang sufi yang tawadu’ sifatnya. Prinsip yang dipegang sejak beliau terlibat dalam ruang lingkup kerja da’wah membuatkan aku terpegun.
Ustaz Ghazali yang membiasakan dirinya Baba berfikiran terbuka dalam menceritakan pengalaman beliau dan hujah terhadap prinsip yang beliau dukung sehingga sekarang. Tawaran pangkat dalam parti politik, gerakan tidak mengaburi mata Baba kerana beliau telah meletakkan iman mengatasi segalanya. Namun tidak bermakna beliau menolak politik terus. Beliau pernah terlibat dengan sebuah parti yang mendokong Islam dalam dasar-dasar parti. Pengalaman dan ilmu agama yang kuat mendorong beliau istiqamah dengan prinsip beliau yang menyebabkan Baba tidak fanatik kepada mana-mana puak. Semua puak beliau dapat santuni dengan baik.
Mehnah dan tribulasi memang tidak pernah lekang dalam kamus sebagai seorang pendakwah. Fitnah dan tohmahan yang dilontar kepada Baba dengan metod dakwah yang Baba bawa ditanggapi dan dihadapi dengan tenang.
Bagi Baba, hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia merupakan kunci dalam kita melayari kehidupan. Al-Quran sebagai wasilah! Perlu didik jiwa dengan Al-Quran! Itulah pesanan yang sentiasa diulang oleh Baba kepada aku. Kini, aku merasakan kekaburan yang ada dalam benak fikiran banyak yang sudah jelas dengan bantuan Baba.
Alhamdulillah, aku sudah melangsaikan hutang aku melalui penyampaian ini. ”Sampaikanlah apa yang engkau dengar daripadaku walaupun satu ayat”.
Beberapa rantaian kepada perkara ini aku berhajat untuk malanjutkannya dalam artikel lain. InsyaAllah...
Wallahua’lam..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan