Selasa, 28 April 2009

Fanatisme Puak

Oleh : IbnuGhazali

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Syukur ke Hadrat Illahi kerana diberi ruang sekali lagi untuk menulis setelah beberapa proses membaca, meneliti dan merujuk aku lalui. Aku berfikir panjang untuk melontarkan idea dan kefahaman aku yang cetek berkenaan isu ini. Berpegang kepada perkara yang haq perlu ditegakkan walaupun pahit untuk diterima oleh segelintir pihak, aku gagahkan juga untuk mengemukakan buah fikiran sebagai seorang yang masih belajar dan kekurangan pengalaman. Mungkin ini permulaan bagi aku untuk menguji diri yang kononnya ingin berjuang di jalan Allah.


Perkara ini telah lama berlegar di dalam benak fikiran aku, baru sekarang aku berani untuk mula merungkai kemelut yang berlaku ini setelah mendapat ’spirit’ daripada seseorang.


Dalam realiti kaum Muslimin pada hari ini, tidak dapat dinafikan punca utama kepada segala permasalahan adalah tiada penyatuan ummat. Aku mengemukakan hujah di sini bukan untuk menghentam mana-mana pihak tetapi agar kita merenung kembali ayat Allah yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu pergi (berperang) di jalan Allah, maka telitilah (carilah keterangan) dan janganlah kamu mengatakan kepada orang yang mengucapkan “salam” kepadamu, “Kamu bukan seorang yang beriman”, (lalu kamu membunuhnya), dengan maksud mencari harta benda kehidupan dunia, padahal di sisi Allah ada harta yang banyak. Begitu jugalah keadaan kamu dahulu, lalu Allah memberikan nikmat-Nya kepadamu, maka telitilah. Sungguh, Allah Maha teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.” (QS : 4:94).


Proses perungkaian persoalan ini dilakukan dengan meneliti keadaan masyarakat semasa. Pengalaman yang ada dimanfaatkan untuk cuba menyelesaikan kemelut dalam umat Islam sekarang. Aku ingin berkongsi dengan sahabat satu cerita.


Baru-baru ini aku bertemu dengan seorang sahabat yang baru sahaja kenal, walaupun begitu beliau sangat mudah untuk ’masuk’ dengan semua orang. Sahabat ini merupakan seorang ustaz dan bertugas di kawasan ulu di negeri kami. Beliau menceritakan masih ada penduduk di kawasan berkenaan yang mempunyai sikap dan mentaliti lapuk. Sanggup tidak pergi berjama’ah di masjid semata-mata puak di masjid berlainan warna bendera (tidak mahu sebut pihak mana) dan mereka rela berjama’ah di surau/musolla. Sedangkan dalam kita menunaikan solat, solat dua orang lebih baik dari bersolat seorang diri, solat tiga orang lebih baik dari solat dua orang dan begitulah seterusnya. Nak dipendekkan cerita, dalam kalangan puak yang berjama’ah di musolla tersebut mereka berpecah dua puak pula. Masing-masing memilih musolla yang berkenan di hati. Sebabnya hanya satu, pilih musolla yang paling dekat dengan rumah. Sedangkan jarak antara dua musolla berkenaan tidak sampai 500 meter pun. Masing-masing nak letak surau depan tangga rumah mereka.


Aku gelak dalam hati bila dengar cerita sahabat ni. Tidak sangka masih wujud mentaliti dalam masyarakat kita sedemikian rupa tapi aku sangkal tanggapan berkenaan dan bagi peluang untuk dengar lanjutan cerita. Aku husnu zon yang mereka ada dalil masing-masing berbuat demikian. Tapi sebaliknya terjadi, ustaz tadi sambung setiap petang akan ada satu aktiviti yang ’panas’ di pinggir kampung ni. Setiap pondok/wakaf akan dikelilingi dengan orang tua, orang muda bermain ’haji’..Mereka bertaruh siapa yang menang dan jaguh kampung sebagai ’haji’..haha..rupanya tanggapan aku pada mulanya tadi membenarkan. Rupanya mereka jahil tentang agama.


Aku gelak kerana suasana sedemikian rupa pernah timbul di kawasan aku suatu ketika dulu dan aku membesar dalam suasana tersebut. Hasil penat lelah orang yang faham agama membuahkan hasil yang positif dalam kalangan masyarakat kampungku. Ramai yang sudah pencen daripada ’haji’ dan mula jadi kaki masjid. Walaupun demikian, yang aku sakit mata bila tengok sewaktu ustaz/tok guru menyampaikan kuliah di masjid untuk isi masa senggang Maghrib-Isyak masih ada ’haji-haji’ pencen tersebut bersandar di dinding masjid sambil hisap rokok dan berbual kosong. Kesian kat ustaz kat depan tu sorang-sorang. Tapi kira baik lah daripada mereka istiqamah dengan tabiat lama.


Mungkin suasana ini tidak berlaku di tempat lain dan sahabat-sahabat sukar untuk membayangkan suasana masyarakat sedemikian rupa. Aku memberikan contoh di depan mata aku.


Melalui pembacaan aku, aku mendapat suatu input yang amat berguna sekali. Rupanya, suasana fanatisme mazhab (puak) ini pernah timbul suatu ketika dahulu.“Hakadha Zahara Jailu Salahu Al-Din wa Hakadha ‘Adat Al-Quds” buku karangan Dr. Majid Irsan Kailani yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan diberi judul “Kebangkitan Generasi Salahuddin dan Kembalinya Al-Aqsa ke Pangkuan Islam” menjadi bahan rujukan aku dalam isu ini. Suasana waktu tersebut amat meruncing sekali sehingga puak yang berlainan ideologi, fahaman, pendapat, politik sanggup membunuh sesama sendiri untuk mendapatkan kepentingan peribadi semat-mata. Mereka amat taksub dengan puak masing-masing.


Peranan yang dimainkan oleh al-Ghazali amat besar sekali kepada umat Islam sewaktu itu. Kerangka pemikiran masyarakat yang porak peranda disebabkan kekecewaan mereka terhadap pemimpin umat yang tidak dapat memainkan fungsi sebagai khalifah dangan baik dan mementingkan diri semata-mata melahirkan generasi yang kucar-kacir. Dalam suasana sedemikian rupa masih ada insan yang berjaya membawa pengislahan dalam masyarakat. Hujjatul Islam Imam al-Ghazali lah yang menjadi penyelamat umat pada waktu tersebut.


Adakah kita ingin menunggu untuk lahir seorang lagi a’lim ulama’ baru kita ingin membuat anjakan dalam diri sendiri dan seterusnya masyarakat?


”Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.”
(QS : 13:11)


Persoalan ini aku ajukan kepada individu yang berautoriti dalam bidang agama kerana aku tidak layak untuk mengungkai permasalahan dengan akal aku yang amat terbatas. Beliau jugalah yang meniup ’spirit’ ke dalam diri aku seperti aku sebutkan di atas. Ustaz Ghazali Abdul Rahman seorang sufi yang tawadu’ sifatnya. Prinsip yang dipegang sejak beliau terlibat dalam ruang lingkup kerja da’wah membuatkan aku terpegun.


Ustaz Ghazali yang membiasakan dirinya Baba berfikiran terbuka dalam menceritakan pengalaman beliau dan hujah terhadap prinsip yang beliau dukung sehingga sekarang. Tawaran pangkat dalam parti politik, gerakan tidak mengaburi mata Baba kerana beliau telah meletakkan iman mengatasi segalanya. Namun tidak bermakna beliau menolak politik terus. Beliau pernah terlibat dengan sebuah parti yang mendokong Islam dalam dasar-dasar parti. Pengalaman dan ilmu agama yang kuat mendorong beliau istiqamah dengan prinsip beliau yang menyebabkan Baba tidak fanatik kepada mana-mana puak. Semua puak beliau dapat santuni dengan baik.


Mehnah dan tribulasi memang tidak pernah lekang dalam kamus sebagai seorang pendakwah. Fitnah dan tohmahan yang dilontar kepada Baba dengan metod dakwah yang Baba bawa ditanggapi dan dihadapi dengan tenang.
Ustaz Ghazali Abdul Rahman dengan gaya bersahaja


Bagi Baba, hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia merupakan kunci dalam kita melayari kehidupan. Al-Quran sebagai wasilah! Perlu didik jiwa dengan Al-Quran! Itulah pesanan yang sentiasa diulang oleh Baba kepada aku. Kini, aku merasakan kekaburan yang ada dalam benak fikiran banyak yang sudah jelas dengan bantuan Baba.


Alhamdulillah, aku sudah melangsaikan hutang aku melalui penyampaian ini. ”Sampaikanlah apa yang engkau dengar daripadaku walaupun satu ayat”.


Beberapa rantaian kepada perkara ini aku berhajat untuk malanjutkannya dalam artikel lain. InsyaAllah...

Wallahua’lam..

Isnin, 27 April 2009

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009

Oleh : IbnuGhazali

Semalam adalah hari terakhir Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang berlangsung sejak 17 April dan Jumaat lepas merupakan kali kedua dalam hidup aku menjejakkan kaki ke Putra World Trade Centre (PWTC), mercu kemegahan parti UMNO. Pertama kali aku ke sana ketika berumur berapa tahun entah (barangkali 10 tahun) yang mengikuti Cik Su aku ke ’PC Fair’. Waktu tersebut aku tidak tahu menahu karenah politik negara, yang aku tahu PAS sinonim dengan bulan purnama penuhnya, UMNO dengan keris keramatnya dan DAP dengan simbol roketnya. Hanya tiga komponen parti yang aku kenal sewaktu budak-budak.


Berbalik pada cerita yang ingin aku sampaikan, aku ke sana bukanlah untuk menghadiri Perhimpunan Agong UMNO (yang sama sekali aku tidak akan hadiri) tapi aku diberi ruang dan peluang oleh Allah Yang Maha Mengatur segalanya mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009.

Khamis, 16 April 2009

Melahirkan Generasi Al-Quran

Oleh : IbnuGhazali

Selawat dan salam diungkapkan ke atas junjungan besar penghulu nabi-nabi utusan Allah Azza Wajalla, Rasulullah S.A.W., ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda dan solafus soleh.

Pengorbanan besar sekalian pembawa risalah tauhid amat bermakna ke atas kita umat Nabi Muhammad S.A.W. yang hidup pada akhir zaman. Tanpa panduan yang ditinggalkan tidak mungkin kaum muslimin dapat hidup mengikut atas jalan yang lurus.

Selasa, 14 April 2009

Ancaman Terhadap Pemikiran Islam

Oleh : IbnuGhazali

Dewasa ini, kita lihat sudah banyak pihak yang berani mempertikaikan teras ataupun prinsip-prinsip dalam agama Islam iaitu yang berhubung dengan hukum-hakam. Pihak ini cenderung untuk merombak(reconstruct) dasar-dasar yang dipersetujui oleh ulama’ muktamar dalam menentukan ijtihad sejak sekian lama. Perkara ini umpama menjadi satu fenomena baru dalam masyarakat Islam untuk membentuk undang-undang baru dalam agama Islam terutama yang berkait dengan faraid, aurat wanita, poligami dan banyak lagi.


Sudah ramai pihak yang berani mempertikaikan hukum-hakam dalam Islam secara terbuka. Merujuk kepada Surat Pembaca (Majalah I, Bil.77 Mac 2009), PUMPP Selar Penganjuran Musawah. ”Persatuan Ulama’ Malaysia cawangan Pulau Pinang (PUMPP) dengan ini menyelar sekeras-kerasnya program Musawah iaitu Global Movement for Equality and Justice in the Muslim Family anjuran pendukung kuat fahaman sesat Islam Liberal di Malaysia iaitu Sisters in Islam (SIS).

Ahad, 12 April 2009

Segala kebinasaan lidah – Siri ke 7


Oleh : al-faqir abu zahrah

Segala kebinasaan lidah itu iaitu duapuluh (20) perkara [dipetik dari kitab Sairus Salikin; Shaikh Abdusshamad al-Falimbani; Maktabah wa Mathba'ah Sulaiman Mar’ie, Singapore 1372H – 1953M; juz 3, halaman 78-79]

Kebinasaan Ketujuh:

Majlis Sambutan Maulidur Rasul صلى الله عليه وآله وسلم dan Haul Syaikh Abdul Qadir al-Gailani

Tarikh: 15 Rabiulakhir 1430H/ 11 April 2009
Tempat: Masjid Negara, Kuala Lumpur
Majlis bermula: 4.30 petang – 9.30 malam

Antara jemputan khas:

Prof. Dr. Rafi’ al-Ani (Mufti Negara Iraq)
Al-Habib Umar Hamid al-Gailani (Ulama Makkah)
Sayyid Abbas bin Sayyid ‘Alawi al-Maliki al-Hasani (Ulama Makkah) - membacakan Qasidah Burdah

Sabtu, 11 April 2009

Kabinet Najib Dari Kaca Mata Mahasiswa Desa


IbnuGhazali

Syabas buat PM baru!!

Beberapa hari lepas, rakyat Malaysia sedia maklum berikutan pengumuman kabinet baru di bawah teraju pemerintahan Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Razak selepas transisi kepimpinan perdana menteri Malaysia daripada Tun Abdullah Badawi kepada Datuk Seri Najib Jumaat
lepas.



Kabinet yang dianggotai 28 menteri daripada 25 kementerian adalah lebih kecil berbanding kabinet sebelum ini yang dianggotai 32 menteri daripada 27 kementerian. Terdapat beberapa kementerian yang dibubarkan dan disusun semula oleh Najib untuk proses ‘peremajaan’ semula dalam kerajaan, parti. Beliau amat yakin dapat membawa pengislahan kepada kerajaan dan UMNO khususnya kerana ingin meneladani kepemimpinan Allahyarham Tun Abdul Razak (Perdana Menteri Malaysia kedua) yang juga bapa beliau.



Penulis amat tertarik dengan ‘term’ peremajaan dalam kerajaan yang dikemukakan oleh Najib. Bagi penulis, amat mustahil untuk beliau mengubah pemikiran warga UMNO yang sudah ‘tua’ menjadi ‘remaja’ semula.Wallahua’lam. Doktrin yang diamalkan oleh para pemimpin kerajaan sudah tidak dapat dirungkai dan diselamatkan lagi. Mereka senang dengan persekitaran lama yang dikelilingi kuasa diktator(mungkin ada yang tidak setuju), politik wang, ketidak adilan rakyat dan hiburan melampau.



Sama-sama kita lihat bagaimana Najib ingin membangunkan idea beliau berkenaan ’Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan’. Adakah prinsip ini menjadi seperti ’Islam Hadhari’ dulu?



Penulis hormat akan Najib kerana menggalakkan menteri barunya untuk mengadakan dialog dan perbincangan terbuka dengan rakyat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Perlu kita memanfaatkan seoptimum mungkin peluang ini kerana kita tidak ingin dasar @ akta yang digubal nanti senasib dengan isu PPSMI dan masih banyak lagi. Tinggalnya lagi perkara ini menjadi realiti atau mungkin retorik pemimpin.

Sabtu, 4 April 2009

Peranan Imam Abu Hamid al-Ghazali dalam Kemajuan Sains Kini

Oleh : Shahidan Radiman

Imam Abu Hamid Muhammad b. Muhammad al Tusi al-Ghazali dilahirkan di Tus , berhampiran dengan Mashhad, Iran. Kegigihan beliau dalam mencari ilmu membawanya ke Nishabur untuk belajar di bawah Imam al-Haramain al-Juwayni seorang ulama mazhab Shafie dan teologi Asyaari. Beliau pernah dilantik ke jawatan rektor dan professor di Madrasah Nizamiyah di Baghdad selama 4 tahun sebelum beliau tiba-tiba berhenti untuk berkelana dan memperbaiki dirinya dengan kaedah Sufi yang dihuraikannya sebagai autobiografi dalam kitab Al Munqidh min al-Dhalal.


Setelah berkelana selama 10 tahun di Damsyik , Mekah dan Madina , beliau pulang ke Nisabur sebelum meninggal di Tus pada tahun 1111 M. Imam Ghazali dipercayai telah menulis sebanyak 400 buah kitab , namun hanya 70 sahaja yang masih ada sampai masa ini. Salah satu karyanya yang hilang itu ialah sebuah tafsir al-Quran 40 jilid dan hanya kitab Jawahir al-Quran yang sampai kepada kita hari ini. Aynqudah al-Hamadani seorang ahli Sufi terkenal dan penulis kitab Zubdat al-Haqaiq menulis bahawa “ Tidak ada yang telah menyelamatkan melainkan rahmat Allah s.w.t melalui kajian saya terhadap tulisan-tulisan Abu Hamid al-Ghazali selama empat tahun , di mana dalam masa itu saya terselamat dari kezindikan , penyelewengan dan kebingungan.”


Begitu pula dengan Abu Madyan Syuaib al-Ansari , seorang Sufi dan waliyullah terkenal dari Moroko , mula belajar dengan gurunya Abul Hasan Ali Ibn Hirzihim dengan menghafal kitab Ihya’ Ulumuddin karangan Imam al-Ghazali sehingga beliau mendapat banyak keberkatan dari usahanya itu. Secara keseluruhan dapat dikatakan bahawa Kitab Ihya’ Ulumuddin itu adalah berdasarkan kitab Qut al-Qulub karangan Abu Talib Makki , tetapi diperdalami dan dihuraikan dengan lebih panjang lebar. Beliau memperkenalkan kaedah darb al-mithal dalam pentafsiran al-Quran ( dalam Kitabnya Mishkat al-anwar) dan memberikan bandingannya dengan ilmu tadbir mimpi . Beliau juga membenarkan kaedah ta’wil aqli yang tidak dipersetujui oleh Ibn Arabi yang mencadangkan pula tariq al-ishara . Ta’wil aqli ini bersesuaian dengan penggunaan kata aqal dalam al-Quran yang menekankan ta’aqul, tafaqquh dan tadabbur. Dalam Ihya Ulumiddin juga beliau sangat menyarankan tafsir bil ra’y dan menerima usaha yang gigih ( al ijtihad al-sahih) dan menolak kaedah yang mengikuti hawa nafsu (hawa). Dalam menyarankan ta’wil terhadap al-Quran beliau mencadangkan diwujudkan sistem bagi menilai penafsiran al-Quran iaitu yang 1 berdasarkan kepada konsep kewujudan kepada 5 tahap ; pertama bersifat Dzati atau al wujud mutlaq , kedua wujud hissi (yang boleh dicerap dengan pancaindera) , yang ketiga wujud khayali , keempat wujud aqli dan kelima wujud shabahi ( analogi, perbandingan).


Huraian al-Ghazali tentang tafsir sangat jelas dan meyakinkan sehinggakan Al-Simnani telah mengambil sebahagian dari kaedah al-Ghazali dan huraiannya dalam pengenalan kepada kitab tafsirnya . Antara kejayaan al-Ghazali dalam penulisannya khasnya melalui Ihya’ Ulumiddin ialah huraian tentang ilmu ladunni yang boleh dicapai oleh manusia biasa yang bukan Nabi ( perkara sama disokong oleh Imam Fakhruddin al-Razi) . Malah , Imam al-Qurtubi agak ragu bahawa manusia biasa boleh mendapat ilmu ladunni , walaupun beliau tidak meragui bahawa awliya’ boleh diberikan karomah.
Dicedok dari :
http://www.kesturi.net