IbnuGhazali
Syabas buat PM baru!!
Beberapa hari lepas, rakyat Malaysia sedia maklum berikutan pengumuman kabinet baru di bawah teraju pemerintahan Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Razak selepas transisi kepimpinan perdana menteri Malaysia daripada Tun Abdullah Badawi kepada Datuk Seri Najib Jumaat
lepas.
Kabinet yang dianggotai 28 menteri daripada 25 kementerian adalah lebih kecil berbanding kabinet sebelum ini yang dianggotai 32 menteri daripada 27 kementerian. Terdapat beberapa kementerian yang dibubarkan dan disusun semula oleh Najib untuk proses ‘peremajaan’ semula dalam kerajaan, parti. Beliau amat yakin dapat membawa pengislahan kepada kerajaan dan UMNO khususnya kerana ingin meneladani kepemimpinan Allahyarham Tun Abdul Razak (Perdana Menteri Malaysia kedua) yang juga bapa beliau.
Penulis amat tertarik dengan ‘term’ peremajaan dalam kerajaan yang dikemukakan oleh Najib. Bagi penulis, amat mustahil untuk beliau mengubah pemikiran warga UMNO yang sudah ‘tua’ menjadi ‘remaja’ semula.Wallahua’lam. Doktrin yang diamalkan oleh para pemimpin kerajaan sudah tidak dapat dirungkai dan diselamatkan lagi. Mereka senang dengan persekitaran lama yang dikelilingi kuasa diktator(mungkin ada yang tidak setuju), politik wang, ketidak adilan rakyat dan hiburan melampau.
Sama-sama kita lihat bagaimana Najib ingin membangunkan idea beliau berkenaan ’Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan’. Adakah prinsip ini menjadi seperti ’Islam Hadhari’ dulu?
Penulis hormat akan Najib kerana menggalakkan menteri barunya untuk mengadakan dialog dan perbincangan terbuka dengan rakyat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Perlu kita memanfaatkan seoptimum mungkin peluang ini kerana kita tidak ingin dasar @ akta yang digubal nanti senasib dengan isu PPSMI dan masih banyak lagi. Tinggalnya lagi perkara ini menjadi realiti atau mungkin retorik pemimpin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan